Iklan Menampilkan Luis Suarez Yang Sangat Lawak

Ah, Luis Suarez.. Pastinya kebanyakan peminat Liverpool sekarang agak bengang juga dengan mamat ni disebabkan tension akibat komen yang dibuat beliau baru-baru ini yang ingin berhijrah ke kelab lain (saya juga, haha!). Walaupun begitu, mungkin selepas menonton iklan yang menampilkan Suarez ini pandangan anda akan berubah buat seketika.

Skuter Mesra Alam Yang Sangat Cool


Sebelum ini saya pernah paparkan tentang skuter elektrik dengan rekaan unik boleh dilipat menjadi beg. Kali ini saya ingin paparkan mengenai skuter elektrik juga cuma yang ini rekaannya lebih cool dan menarik. Direka oleh Waarmakers, skuter elektrik yang diberi nama "Be.e" ini dikatakan antara skuter paling mampan di dunia.

Peluh Dikitar Semula Yang Boleh Diminum, Sanggup?

Rasanya ramai di antara kita yang pernah tertelan peluh sendiri, tapi sanggupkah anda minum peluh anda seperti minum air kosong? Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia.

Lukisan 3D Menakjubkan Yang Seolah-olah Tersembul Dari Kertas (12 Gambar)

Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensil dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini.

Pembakar Roti Berbentuk Volkswagen Minibus Yang Sangat Comel (8 Gambar)

Anda bosan dengan rekaan pembakar roti anda yang sangat plain dan tidak mengujakan? Mungkin pembakar roti dengan rekaan berbentuk Volkswagen Minibus ini menjadi pilihan anda. Dikeluarkan khas untuk Volkswagen Japan, pembakar roti ini bukan sahaja mempunyai design yang unik dan cute, malahan ianya akan membakar roti anda supaya terdapat logo 'VW' di tengah-tengahnya.

Rumah Minimalis Dibina Dengan 4 Buah Menara (8 Gambar)

Rumah minimalis dengan rekaan yang unik ini direka oleh Edward Ogosta Archiecture. Terletak di Coachella Valley, Calfiornia, ciri yang menarik perhatian pada rumah ini adalah pada binaannya yang menampilkan empat buah menara di setiap sudut, bersesuaian dengan nama yang diberi, Four Eyes House.

Pulau Babi: Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang

Pulau babi.

Ok, saya rasa dua perkataan di atas sudah cukup untuk menimbulkan rasa pelik dan kagum apabila mendengarnya. Walaupun pelik, namun pulau ini benar-benar wujud di sebuah kepulauan di Bahamas. Apa yang lebih pelik ialah, pulau ini tidak didiami oleh manusia, dan yang lebih pelik lagi, babi-babi liar di sini terkenal dengan kebolehan mereka yang mampu berenang di dalam laut.

Facebook/Twitter