Lagu Menarik Minggu Ini

Lagu menarik minggu ini, Mingled Roots nyanyian (atau mainan sebenarnya) Tony Levin, diambil dari album solo pertama beliau, World Diary. Lagu ini adalah sebuah lagu instrumental kolobrasi antara Tony Levin (double bass/bass berganda) dan Levon Minassian (duduk) , dan dirakam di sebuah hotel di Paris.

Apa yang menarik mengenai lagu ini adalah feeling (perasaan) yang anda boleh hayati apabila mendengar lagu yang menggunakan sebuah instrument tradisional Armenia yang berusia lebih kurang 3000 tahun yang dipanggil duduk (bukan duduk dalam b melayu tu). Menghayati lagu ini dengan mendalam akan membawa anda menerobos ke 1 atmosfera yang cukup meruntun jiwa dan perasaan.
tony-levin-world-diary
Tony Levin lebih dikenali sebagai bassist untuk kugiran King Crimson, dan walaupun ada banyak lagu-lagu beliau yang menduga akal & impressive, tapi lagu ini benar-benar unik. Bak kata mat saleh, magnifiqueee…!

Dengan suasana yang gelap, misteri, walaupun tanpa lirik, lagu ini memang bikin saya layan abis.

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment