Hukum Newton Ketiga

Isaac Newton benar di dalam hukum ketiganya:

"Every action of a force produces an equal and OPPOSITE reaction."

Bak kata pepatah melayu, 'beri susu dibalas tuba'.

Tak mengapa, teori-teori dangkal yang anda agung-agungkan selama ini pasti akan hancur juga satu hari nanti.

Manusia sebelum ini pernah beranggapan bumi ini rata.
Manusia sebelum ini pernah beranggapan matahari mengelilingi bumi.
Manusia sebelum ini pernah beranggapan alam semesta ini wujud bebas daripada pengaruh manusia.
Manusia sebelum ini pernah beranggapan wujudnya gas dipanggil ether yang membolehkan cahaya bergerak di dalam vakum.
Manusia sebelum ini pernah beranggapan masa itu sesuatu yang wujud bebas dari apa-apa pengaruh.
Manusia sebelum ini pernah beranggapan jisim merupakan suatu realiti yang absolute.


Namun teori-teori tersebut musnah juga akhirnya dan diganti dengan teori yang baru. Sama juga seperti hakikat eletron, teori anda hanya gah di luar namun apabila diamati secara teliti ianya kosong. Tiada apa-apa. Apa yang anda perkatakan selama ini dengan sombong dan angkuh sebenarnya semuanya kosong dan tidak punya maksud. Apabila tiba masanya anda pasti berakhir dan diganti pula dengan yang baru.


Time will tell, where you end and I begin. I will you eat alive and there will be no more lies...

No comments:

Post a Comment