Lagu-lagu Latihan Pilihan

Hari ini merupakan ulang tahun kepada suatu peristiwa yang bagi saya bolehlah-agak-agak bermakna, walau kegembiraan daripada peristiwa tersebut tidak bertahan lama, tapi serasanya berbaloi untuk diingati. Memandangkan saya malas untuk berasa down dan mellow pada malam ini maka saya ingin bercerita tentang lagu-lagu yang sering menjadi pilihan untuk latihan permainan dram saya.

Memandangkan saya tak punya metronome maka saya terpaksa bergantung kepada lagu-lagu yang tersedia ada untuk berlatih bermain dram dan berikut adalah lagu-lagunya:

1. Where I End And You Begin - Radiohead

Dari album Hail To The Thief. Walau struktur dramnya agak ringkas namun saya suka lagu ini kerana membolehkan saya menggoyang-goyangkan kepala ketika bermain dram meniru aksi Thom Yorke keika di pentas. Dari versi seorang pemain dram. Saya lebih suka versi 'live from the basement' lagu ini berbanding yang asal kerana struktur dramnya lebih mencabar dan kedengaran smooth.



2. The Sound Of Muzak - Porcupine Tree
Lagu dari kugiran yang punya pemain dram idola saya iaitu Gavin Harrison. Lihat gambar di sebelah, yang paling bergaya itulah pemain dram versatile tersebut. Hehe.. Lagu ini punya struktur dram yang mantap dan mengasyikkan dengan jalinan odd-time signatures. Jika sebelum ini saya begitu mengidolai Mike Portnoy dari kugiran Dream Theater namun setelah saya mengamati permainan beliau terus saya beralih arah. Bukan mengatakan Mike Portnoy tidak sebagusnya, namun permainannya lebih sesuai pada gaya saya sendiri.

3. Forty Six & 2 - Tool

Dari album Aenima dan merupakan kugiran kegemaran sepanjang zaman saya dan juga pemain dram idola saya iaitu Danny Carey. Antara semua lagu-lagu Tool saya memilih lagu ini kerana struktur dramnya antara yang termudah untuk diikuti. Semua sedia maklum Danny Carey (2 dari kanan) merupakan seorang pemain dram yang hebat terutamanya dalam penggunaan polyrhythm yang kompleks. Merupakan lagu kedua terawal saya dengar dari kugiran ini selepas The Patient dan lagu penyebab kepada saya untuk menjadi peminat setia Tool. Hah..




4. Ilyena - The Mars Volta

Dari album terbaru mereka iaitu The Bedlam In Goliath. Lagu ini punya groove dram yang benar-benar menarik dan mengambil saya beberapa hari juga untuk menguasai groove tersebut dengan baik. Saya punya hasrat untuk mendendang lagu ini bersama rakan-rakan namun mungkin saya terpaksa simpan sahaja hasrat murni saya itu untuk seketika. Sekarang lagu ini menjadi latihan rutin wajib saya pada setiap hari. Walau ada banyak lagi lagu-lagu The Mars Volta yang punya struktur dram yang mencabar dan kompleks namun lagu ini menjadi pilihan kerana konsistensi groove dramnya dan durasi lagu yang agak pendek berbanding yang lain. Pada pengakhiran lagu ini groovenya kedengaran seperti terinspirasi dari Steve Gadd pula. Lagu yang mampu membuat saya berdansa.


5. Discipline - King Crimson

Lagu dari album tahun 1981 iaitu Discipline yang masih lagi tak mampu saya ikuti rentak dramnya kerana terlalu sukar untuk ditafsir. Punya struktur lagu yang begitu kompleks dengan jalinan odd-time signatures yang sentiasa berubah-ubah dan melompat-lompat namun yang paling menakjubkan ialah ianya kedengaran seperti lagu yang mudah! Bagi sesiapa yang tidak punya pengetahuan dalam bidang muzik mungkin akan merasakan lagu ini hanya sebuah lagu yang simple dan biasa-biasa sahaja namun jika diamati dengan lebih mendalam ianya lebih dari itu. Permainan gitar lead dan rhythmnya saling dissonance antara satu sama lain dan bass dan dramnya pula membentuk melodi yang berlainan dengan gitar. Juga merupakan pemain dram idola saya iaitu Bill Bruford (2 dari kanan). Bagi sesiapa yang mengaku meminati muzik progressive rock namun tidak pernah dengar akan nama manusia ini mungkin anda perlu menggali semula apa definisi progressive rock. Hehe.. Pernah bermain untuk nama-nama besar dalam genre tersebut seperti Yes, Genesis dan King Crimson, selain bergerak secara solo.

No comments:

Post a Comment