Musim Berambut Kusut Tamat

Pada Sabtu yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu sesi temuduga di UiTM Shah Alam untuk bidang seni bina di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Pada surat tawaran kedapatan tertulis ujian lukisan turut diadakan maka dengan penuh kesungguhan saya menerobos laman-laman web yang berkaitan dengan seni bina dan seangkatan dengannya untuk dipelajari serba sedikit mengenai subjek tersebut memandangkan saya sudah lupa.

Malam sebelum temuduga tersebut saya terpaksa menjaga diri hingga lewat jam 4.30 pagi dan bangun seawal 6.30 pagi semata-mata untuk mengulang-kaji serba sedikit, namun usaha tersebut umpama menjadi sampah masa dan sia-sia sahaja apabila soalan yang dikemukakan tidak langsung bekaitan dengan subjek lukisan kejuruteraan yang pernah saya ambil ketika bersekolah menengah.

Malah soalan yang diajukan masih sahaja mampu dijawab oleh kanak-kanak yang berusia seawal 7 tahun, iaitu melukis objek bergeometri yang dipamer di hadapan dengan penuh kreativiti.

Untuk menghadiri sesi temuduga tersebut bukanlah menjadi satu kepayahan buat saya malah saya berasa sedikit teruja namun apa yang ditangisi adalah pengorbanan yang bukan sedikit yang harus saya tempuhi semata-mata untuk menjayakan sesi tersebut.

Kekasih pujaan yang telah hampir 9 bulan bertakhta di hati (sejak bulan Ogos 2008 seingat saya) terpaksa ditinggalkan secara paksa rela walaupun hati ini berasa hiba sekali. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa melihat sendiri di hadapan mata kekasih kesayangan dibawa pergi seorang pemuda berbangsa India berkepala botak yang sering kedapatan tersenyum keseorangan di kedai gunting (ini bukan perkauman).

Cukuplah, saya tidak mampu untuk menulis lagi kerana kesedihan yang teramat sangat. Saya akhiri di sini sahaja.


Dengan imej baru ini saya kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang syndrome down. Ah cukup..
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments:

  1. kf,buat entri psl e=mc2...equation einstein...ak nk tgk pndgn ko..adakah masa itu selari..hehe

    ReplyDelete
  2. masa berjalan ke depan je...x blh patah blik...mksud die,kalo manusia blh merentasi mase,manusia blh pergi ke masa dpn je...x blh pergi ke masa lampau..

    ReplyDelete
  3. ok,nnt den wat research..hehe..
    tp setaw den equation 2 mnunjukkn equivalance of mass n energy..n xde ape yg leh laju dr light speed..
    kalo sumthg approach light speed, time dilation akn blaku, jism btmbah, n spacetime akn distort..

    ReplyDelete
  4. kf... bt la research byk2 yea..

    ReplyDelete