Saya Pernah Punya Impian

Tidak beberapa lama dahulu saya pernah punya satu impian yang cukup murni. Semurni impian kanak-kanak kecil yang selalu kepingin untuk memakai kostum Darth Vader mahupun Batman tatkala bersiar-siar di pekan.
Untuk memiliki sejambak janggut berhiaskan jambang yang ikal mayang dan beralun lembut tatkala ditiup angin sepoi-sepoi bahasa merupakan impian keremajaan saya. Keremajaan yang bersinar-sinar seperti menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi pantai pada senja hari sambil menitiskan air mata kerana terharu.

Jambang tidak dapat tidak selalu dikaitkan dengan kebijaksanaan. Lihat sahaja profesor-profesor di universiti. Kebanyakan mereka punya jambang yang menawan yang bisa memikat hati pelajar-pelajar ketika syarahan mereka. Seolah-olah bibit-bibit ilmu yang dimiliki oleh mereka itu terbang keluar dari kelembutan gerak tari jambang mereka yang beralun dan hanya menunggu pelajar-pelajar yang benar-benar bersedia untuk datang menerpa dan menerkam curahan ilmu tersebut.

Ah, pemandangan yang cukup indah.

Dapat dibayangkan ketika saya di universiti nanti seharusnya saya sudah punya jambang yang memikat seperti sasterawan negara A Samad Said mahupun John Lennon dan rambut panjang yang kusut tidak bersikat tetapi tetap kelihatan indah. Dengan penampilan yang benar-benar skema saya mengusung beberapa buah buku pelajaran yang berketebalan sekurang-kurangnya 1000 mukasurat ke perpustakaan dan mengulang kaji pelajaran di sana. Cool bukan?
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

7 comments:

  1. aku pun tgah berusaha mempunyai jambang kelak

    ReplyDelete
  2. kalo mkn nasik x tesangkot ke kat jambang nti???

    ReplyDelete
  3. Aku pernah nak bela jambang cam Gattuso.tapi skang ni ada orang tak bgi.aku dari sekolah nak bela.

    ReplyDelete
  4. syed-yaa,bsame2 kita mbntuk generasi jambang..

    pet-xde hal,leh amek je nasik 2 pas 2 trus suap msuk mulut,hehe..

    shap-stiap jambang yg dlahirkn adalah suci.bak kate ckgu samsudin,jmbang x bsalah.jmbang itu sunnah.haha...

    ReplyDelete
  5. pet ko penah tgok ke en. shamsudin@jambang melekat nasik kat jambang die?mane ade kan...

    ReplyDelete
  6. aku tapenah lak tgk dye mkn..
    heheh..
    rugi lak rase.

    ReplyDelete
  7. jambang ckgu samsudin bercaj positif,dpt mghalang nasik yg bercaj negatif..

    ReplyDelete