Saya Datang

UiTM Seri Iskandar, saya datang.

Minggu hadapan jika tiada aral melintang saya akan mendaftarkan diri sebagai pelajar UiTM Perak (UiTM Seri Iskandar) sesi Julai 2009. Jika boleh diibaratkan kondisi saya ketika ini seperti seorang kanak-kanak naïf yang teruja ketika ingin memasuki alam persekolahan darjah satu untuk mengenali lebih ramai rakan dan memiliki baju, beg dan kasut baru, namun saya bukan sebegitu.
Saya tidaklah seronok sangat, sebaliknya lebih bersikap realis. Sejak pengunduran dari UiTM Shah Alam pada tahun lalu saya tidak pernah menghadiri apa-apa majlis intelektual sebaliknya hanya berusaha menggendutkan diri di rumah.

Hasrat untuk mencari kerja supaya KDNK saya mampu dipertingkatkan hanya impian sia-sia. Janji yang diberi hanyalah anganan semata-mata, sehingga menimbulkan gelak-gelak jahat dari abang kandung sendiri sambil menyifatkan saya seolah-olah ditipu agensi pekerja asing. Ah, cukuplah. Kita tinggalkan sahaja kenangan pahit tersebut.

Alangkah seronok jika jarak dari Rembau ke Perak hanyalah seperti dari Kolej Matrikulasi Kedah ke Cmart, pasti berbasikal sahaja saya ke sana. Bolehlah saya pulang ke rumah untuk menonton perlawanan bola sepak, mahupun menonton kartun Doraemon pada setiap hari Sabtu jam7.30 malam di NTV7.

Seharapnya kolej kediaman yang didiami akan lebih indah dan mempersonakan berbanding Kolej Jati di seksyen 3 Shah Alam. Menyedari akan keresahan saya tersebut, tanpa berlengah-lengah lagi saya menggoogle potret UiTM Seri Iskandar di internet. Berikut antara gambar yang berjaya dikutip:

kolej-kediaman
Kolej Kediaman
bangunan-pentadbiran
Bangunan Pentadbiran
struktur-dalaman-bangunan-pentadbiran
Struktur Dalaman Bangunan Pentadbiran

bangunan-pentadbiran-uitm-seri-iskandar-perak
Oklah, saya tipu sahaja. Mana mungkin seni bina UiTM Perak sekompleks dan sefuturistic sebegitu. Jika tidak, UiTM pasti menjadi universiti yang cool gile. Gambar di atas adalah gambar sebenar UiTM Perak. Lawa gak ape? Punya ciri-ciri seni bina rumah Melayu lama Perak.

Walau apa pun, UiTM Perak, saya datang.

ibrahim-abu-shah
Oh ya, saya terjumpa gambar ini di internet. Cool bukan? Teka siapa.

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

7 comments:

  1. abushah ke hape nama dye.
    hahahahahahahahaha!!!

    ReplyDelete
  2. ibrahim abu shah,
    bapa pelajar2 uitm..heheh..

    ReplyDelete
  3. ke ep, klu ko msk uitm sri iskandar tu, ko dkat a dgn kitorg...

    ReplyDelete
  4. ye la kot..
    mmber ak ckp xdela jauh sgt kn dgn u ko..

    ReplyDelete
  5. hahaa,,,tgk gmbr dh terkjut td..bru nk jeles..hahaha...nyway,nice,gud luck yee....singgah blog fara jom

    http://faralovexx-akudandiriku.blogspot.com/

    ReplyDelete