Ketika Di Kelas

Pada Jumaat yang lepas-lepas tatkala di kelas seorang pensyarah saya yang mungkin sahaja baru menonton filem Hollywood bertajuk Transformers dan teruja dengannya cuba menyampaikan sedikit lawak yang punya sangkut-paut dengan filem box-office tersebut. Dia kelihatan sedikit bersungguh namun cuba untuk buat-buat tenang ketika berlawak.

Malangnya walau niatnya agak murni untuk menceriakan kelas namun pelajar dilanda rasa bingung dan terpinga-pinga kerana...
tidak memahami akan lawak yang cuba disampaikan. Dia gelak-gelak kecil keseorangan, tersenyum dan meneruskan pengajaran. Pelajar masih membisu, bingung.

Pada kelas malam pensyarah yang lain pula bercerita perihal filem yang sama namun tidak menyelit unsur lawak. Yang bezanya beliau berlawak fasal kartun Spongebob Squarepants pula, atau dalam bahasa Melayunya Bobspan Berseluar Kotak. Beliau peminat setia rancangan kartun itu mungkin.

Situasi yang sama seperti petang hari terjadi. Beliau menyampaikan lawak, sedikit bersungguh namun cuba buat-buat tenang dan pelajar, seperti petang hari, masih lagi bingung. Sejujurnya kami faham akan apa yang cuba disampaikan, namun merasakan ia tidaklah lucu benar hingga mampu menggeletek pusat saraf.

Untuk tidak menghampakan beliau saya yang duduk di barisan hadapan belah tepi buat-buat senyum kambing tidak ikhlas sedikit.

Pensyarah tersebut gelak-gelak kecil keseorangan, tersenyum dan meneruskan pengajaran.
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. lenkali ko gelak je kuat2..
    ksian de xde org nk glakkan

    ReplyDelete
  2. haha..xleh,nnt die ingt ak gelakkn die, bkn gelakkn lawak die yg x lawak 2..

    ReplyDelete