Bongek

Bongek..

Beberapa kali pernah kedengaran oleh saya beberapa orang melempar perkataan tersebut dari mulut mereka, bertujuan untuk meyampaikan atau meluahkan rasa tidak puas hati/marah/kecewa/kesal dan apa sahaja. Apabila nafsu amarah menguasai diri terkadang kita tanpa sedar menyebut sesuatu perkataan yang kita sendiri tidak pasti apa maksudnya.

Sebegitu juga saya. Baru-baru ini saya sering kali benar menyebut perkataan 'beruang' tatkala sedang berlaku konflik, tanpa saya ketahui apa rasionalnya haiwan tersebut dan kaitannya dengan masalah yang sedang saya hadapi. Mungkin ia merupakan satu kata ganti kepada haiwan yang satu lagi yang sering menjadi mangsa cemuhan tatkala kita sedang marah. Anda tahu apa haiwannya.

Satu perkataan lain yang sering saya dengar ialah 'bongek'. Apakah itu 'bongek'?

Setahu saya 'bongek' tidak wujud di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga mahupun dalam kamus bahasa Indonesia (betulkan jika saya silap). Namun dalam beberapa pengamatan dan carian di internet, dapat saya simpulkan maksud 'bongek' dalam beberapa makna:

- Satu adaptasi mahupun ubahan daripada perkataan bongok/bengong yang dilafaz ketika emosi tidak menentu
- Cekap, ketangkasan dalam sesuatu perkara
- Perut buncit atau perut besar yang tidak seimbang dengan bentuk tubuh

Namun apa yang pasti perkataan 'bongek' itu sendiri sudah sebati dengan diri saya sejak kecil lagi kerana ianya merupakan nama sebuah kampung di Rembau, N. Sembilan. Hanya 5-6 kilometer sahaja dari rumah saya. Cukup dekat. Malah Kg Bongek pernah dicalonkan sebagai "the funniest place name in Malaysia" di laman Yahoo! Answers.

Bongek betul..




Kampong Bongek google map

No comments:

Post a Comment