Review Album: This Will Destroy You


Post-rock pada asasnya menekankan permainan muzik yang ringkas namun berperasaan dan berbekas. Sebegitu juga sifatnya pada album studio ke-2 sebuah band dari Texas yang bergelar 'This Will Destroy You' ini. Mengandungi 7 buah lagu yang setiap satunya mempunyai kekuatan melodi yang tersendiri.

Album self-titled ini bermula dengan sebuah lagu bertajuk "A Three Legged Workhorse". Ya, tajuknya memang kedengaran sedikit pelik, namun itulah post-rock, di mana tajuknya terkadang membawa makna yang mendalam dan terkadang tidak punya apa-apa maksud. Trek ini bermula dengan agak perlahan dan atmosferik, sebelum mencapai klimaks yang cukup explosive dan gelap yang mampu membuat fikiran anda dicengkam. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan 'ini akan memusnahkan anda' (This Will Destroy You). Trek kegemaran saya pada album ini.

Kemudian ia diteruskan dengan "Villa Del Refugio", sebuah trek yang ambience dan atmosferik, satu kontradiksi kepada trek permulaan tadi. Masih sebuah trek yang menarik. Kemudian trek seterusnya mengekalkan mood yang melankolik dan menenangkan, sama seperti album pertama mereka yang bertajuk 'Young Mountain".

Keseluruhannya ini masih sebuah album yang menarik walau ia tidak menampilkan apa-apa pembaharuan kepada genre post-rock itu sendiri. Jika diberi pilihan saya lebih meminati album pertama mereka dibandingkan dengan album ini namun kerana kekuatan lagu "A Three Legged Workhorse" maka saya memilih untuk mereview album ini. Hehe..cukup bias.

Namun album ini memang disaran tinggi kepada sesiapa yang ingin melayan lagu-lagu instrumental yang melayan jiwa dan berbekas, atau setidak-tidaknya pada mereka yang ingin mencuba selera baru melayan muzik bergenre post-rock.
Senarai Lagu:

1. A Three Legged Workhorse (9:13)
2. Villa Del Refugio (7:06)
3. Threads (5:41)
4. Leather Wings (3:31)
5. The Mighty Rio Grande (11:18)
6. They Move on Tracks of Never-Ending Light (6:59)
7. Burial on The Presidio Banks (7:43)

Rilisan Tahun 2008






Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. cantik..post rock malaysia givenpath best jgk

    http://collectiongames666.blogspot.com/2012/06/givenpath-discography.html

    ReplyDelete
  2. clint mansell best kot death is a road to awe

    ReplyDelete