Kenapa Kita Tidak Boleh Menghasilkan Air


Air semakin menjadi satu isu yang amat penting di kalangan Negara-negara maju, namun ianya bukanlah satu isu yang baru di khalayak Negara-negara membangun. Untuk sekian lama, bekalan air bersih untuk diminum amat sukar untuk didapati di sesetengah kawasan, tidak kurang juga ada kawasan yang dibekalkan dengan air yang tercemar yang mampu mengundang masalah kesihatan jika diminum.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2006, satu laporan menyatakan kira-kira 20 peratus populasi dunia tidak mempunyai akses kepada air bersih untuk diminum. Fakta ini membawa kepada satu persoalan penting, jika kita amat-amat memerlukan air, maka mengapa tidak sahaja kita menghasilkannya?

Air terbentuk daripada 2 atom Hidrogen yang bergabung dengan 1 atom oksigen (H2O). Secara teori, ianya tidak mustahil untuk menggabungkan kedua-dua jenis atom tersebut untuk menghasilkan air, namun ianya merupakan satu proses yang amat berbahaya.




Untuk menggabungkan kedua-dua atom tersebut secara kimia, orbit bagi setiap atom haruslah bersambung , dan untuk melakukannya kita harus mambekalkan tenaga kepada atom-atom tersebut.

Fakta bahawa atom Hidrogen amat mudah untuk meletup dan atom oksigen menyokong pembakaran merupakan penghalang utama kepada proses ini. Untuk menghasilkan tenaga tersebut, apa yang diperlukan hanyalah satu percikan, dan letupan yang mampu menghasilkan tenaga akan berlaku dan kedua-dua atom tersebut akan bergabung secara kimia.

Masalahnya di sini ialah ianya akan berlaku satu letupan ketika menggabungkan kedua-dua atom tersebut, dan jika eksperimen itu cukup besar, ia mampu untuk membawa maut.

Sebuah kapal udara bernama Hidenburg yang menggunakan gas Hidrogen untuk terapung merupakan satu contoh yang menarik kenapa ianya merupakan satu proses yang amat berbahaya. Ketika kapal udara tersebut sampai di New Jersey pada 6 Mei 1937, elektrik statik (ataupun satu perbuatan sabotaj mengikut pandangan sesetengah pihak) telah menyebabkan satu percikan pada Hidrogen tersebut. Apabila bergabung dengan udara yang mengandungi oksigen, hidrogen tersebut meletup dan membakar kapal udara tersebut dan memusnahkannya dalam masa setengah minit.

Bagaimanpun, terdapat banyak air yang terhasil daripada letupan tersebut.

Untuk menghasilkan air yang mencukupi untuk populasi dunia, satu proses yang amat berbahaya dan berskala besar perlu dijalankan. Namun ia bukanlah  satu penghalang kerana air yang kita ketahui semakin berkurangan dan proses menggabungkan atom hidrogen dan oksigen dilihat semakin mendapat tempat.



Sumber: HowStuffWork.com, Wikipedia, BBC.


Dihasilkan untuk tugasan kos Building Services.

No comments:

Post a Comment