Peristiwa Yang Ajaib



Beberapa hari kebelakangan sering sahaja saya mengalami peristiwa-peristiwa ajaib yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.

Jumaat yang lepas contohnya, kerana perasaan amarah yang terlampau, ingin sahaja saya membakar bangunan pentadbiran, gara-gara karenah birokrasi dan layanan penjawat awam yang cukup hampeh. Namun dengan secara tiba-tiba tatkala niat di hati ingin membakar bangunan pentadbiran cukup kuat di hati, tiba-tiba sahaja saya terasa seperti ingin menari.

Pelik. Wajarkah saya membakar bangunan sebagai tanda protes sambil menari-nari riang?

Hari ini saya demam.  Demamnya tidaklah teruk sangat, namun sedikit sebanyak membantutkan juga urusan kerja seharian. Mujur hari ini hari Ahad, tidak perlu ke kelas.

Pada malam hari saya dijemput pula oleh rakan-rakan untuk keluar membeli barang. Pergi sahajalah, walaupun rasa tak sedap badan, mana tahu kalau-kalau sembuh pula nanti di tengah jalan.

Sangkaan saya meleset. Makin teruk pula jadinya. Namun dalam perjalanan pulang tatkala melalui sebuah fakulti entah mengapa, secara tiba-tiba sahaja demam saya langsung pulih. Malah sekali lagi saya terasa ingin menari. Pelik betul.

Arrggh.. Dunia sekarang memang pelik.. tapi seronok.

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: