Walimatulurus

Gadis itu baju kebayanya ketat-ketat. Kaler purple. Nampak celah-celah apa semua. Rambut diikat ke belakang. Mekap tebal ala-ala bik mama. Dia bertutur dalam bahasa orang putih, cuba untuk berloghat yankee sebaik mungkin seperti dalam cerita Glee

Melihat perwatakan dan tutur katanya saya fikir dalam Fesbuk-nya mungkin sering dicoret status sebegini:

"OMG! d ending 2 tht movie was suck!"

Mungkinlah..

Di sebelah sedang makan bersamanya adik/kakaknya (mungkin) dan juga ayahnya (mungkin juga). Menjamu selera di bawah khemah kenduri kahwin memang agak panas, nak-nak pula ketika matahari tegak di atas kepala. Seremban ketika itu panas terik walau pada hari kebiasaannya sering hujan. Saya juga merasa bahangnya. Berpeluh tapi saya tahan cool

Sambil makan saya curi-curi pandang mereka anak-beranak di depan meja.

Mereka speaking. Si gadis berkebaya ketat nampak celah-celah berspeaking macam sekarang sedang musim sejuk dan dah nak sambut krismas.

Saya tak nampak kewajaran mereka berspeaking di khalayak ramai yang majoritinya orang melayu. Saya rasa meluat sikit dalam hati. Tapi saya buat-buat cool. Tak naklah tunjuk muka menganjing. Nanti mereka kata saya kolot tak berjiwa PPSMI.


Hari makin panas. Suasana bawah khemah semakin berbahang.


Sambil makan saya jeling-jeling gadis kebaya ketat bermekap tebal ala-ala bik mama. Sambil (masih) berspeaking dia mengesat wajah bermekap tebalnya dengan tisu putih. Panas ye, saya menganjing dalam hati. Tak lama kemudian saya nampak peluh putih kaler susu mengalir di dahi si gadis lantas perlahan-lahan mencairkan mekap tebal ala-ala bik mama-nya.

Saya ketawa dalam hati.


"Kekekekekekekek"



Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: