Fanboy

Saya seorang yang agak 'fanboy'. Kalau saya minat sesuatu benda saya akan minat gila-gila dengan benda tersebut dan tak peduli dengan benda lain. Selalunya saya men'fanboy'kan diri dengan band muzik. 

Semasa darjah 1 dulu saya gila minat dengan band XPDC sampai semua album XPDC saya beli dan siap boleh hafal lirik setiap lagu. Masa darjah 3 saya pernah nyanyi satu lagu XPDC depan rakan-rakan sekelas sambil berdiri atas kerusi semasa waktu rehat walaupun saya sedar suara saya sengau amat. Tapi saya tak peduli, saya berimpian nak jadi Mael XPDC. Minat punya pasal, saya pernah lukis gambar Mael XPDC pada halaman belakang buku latihan Bahasa Melayu yang nasib baik tidak berjaya dikesan oleh guru.

Kemudian band Metallica menjengah dalam hidup saya. Sama juga, setiap album Metallica saya dapatkan walaupun ketika itu masih bersekolah rendah dan bajet teramatlah ciput, lebih-lebih lagi zaman download mendownload masih belum muncul.

Masuk sekolah menengah, saya mula minat band ACAB dan mula melupakan XPDC dan Metallica. Dari ACAB saya cari band-band lain yang seangkatan samada dari dalam atau luar negara.

Kemudian saya bertukar-tukar menjadi 'fanboy' kepada beberapa band seperti Dream Theater, Tool , Radiohead, dan Rage Against the Machine sehinggalah sekarang. Saya seperti hanya mampu meminati satu band pada satu masa. Yang peliknya sindrom ini bermusim, bertukar-tukar mengikut keadaan.

Sekarang saya minat apa?

Errrrr.... 


So Nyuh Shi Dae?


******
Cettt..

Album Terbaik Pilihan Saya



Eastern Oi! - ACAB
Genre: Street Rock

1. Saya beli ketika tingkatan 2 (tahun 2003) di kedai muzik Swee Suat di Terminal 1, Seremban (kini sudah tutup)
2. Lagu We're Coming Back merupakan lagu pertama yang saya mainkan dengan drum, yang mana saya masih ingat lagi saya bergendang seperti orang Afrika kerana tidak tahu bermain.
3. Banyak lagu-lagu dalam album ini merupakan anthem-anthem wajib ketika jamming masa zaman-zaman awal belajar bermuzik
4. Come on-lah, siapa tak tahu lagu Where Have All The Bootboys Gone



Scenes From A Memory - Dream Theater
Genre: Progressive Metal

1. Ratusan kali dipasang ketika zaman matrikulasi dahulu
2. Masih mengguna walkman ketika itu, walaupun orang dah lama pakai mp3. Oldskool weyh. Haha..
3. Album terbaik Dream Theater pada pendapat saya, yang mutakhir ini sering menghasilkan album-album yang mengecewakan selepas era Six Degrees of Inner Turbulence.




Slow Riot For A New Zero Canada - Godspeed You! Black Emperor
Genre: Post-Rock


1. Album post-rock terbaik pada pendapat saya walaupun ianya hanya standarad EP
2. Hanya mengandungi 2 lagu
3. Lagu-lagunya membawa tema kemusnahan dunia (kiamat) dan korupsi.
4. Tulisan pada cover depan album tersebut ialah bahasa Ibrani yang bermaksud "Tohu va bohu" (formless and empty)





And Out Come the Wolves - Rancid
Genre: Ska Punk

1. Antara album yang sering dipasang ketika zaman melayan muzik-muzik oi! dan punk di sekolah dahulu.
2. Saya pernah punya kasetnya namun dirampas oleh ustaz sekolah saya bersama dengan berbelas-belas kaset yang lain.
3. Ketika itu yang terselamat hanyalah kaset As-Sahar (album Intifada mungkin, tak ingat) kerana saya auta mengatakan ianya kaset nasyid memandangkan tajuk-tajuk lagunya seperti Anak-anak Palestin, Hamas dan sebagainya. Hahaha.. (bagi sesiapa yang tidak tahu As-Sahar itu band apa, sila google)
4. Album terbaik Rancid pada pendapat saya.





Lateralus - Tool
Genre: Progressive Metal


1. Jika terpaksa memilih satu album terbaik sepanjang zaman, tanpa ragu-ragu inilah albumnya!
2. Saya menggelarnya sebagai 'masterpiece of the modern music'
3. Di dalamnya terdapat lagu Lateralus yang setelah dihayati maksud liriknya dengan mendalam, sama sekali telah merubah persepsi hidup saya.
4. Saya kira mendengar album ini menjadi antara 'turning point' yang terpenting dalam hidup saya.

Notis Penting : Pengambilan Ahli Kugiran

Projek Penubuhan kugiran "Panca Sitara Sukma Dewi"
Konsep Muzik: Brutal-Death-Grind-Electronic-Neo-Classical-Progressive-KPop-Bla Bla Bla-Metal 


Posisi-posisi Kosong:

1. Sang pemain gitar teraju utama yang ketika di atas pentas mampu dengan secara tiba-tiba merampas drum stick pemain deram dan lantas membuat solo panjang melalut gila tak ingat dengan menggunakan drum stick tersebut.

2. Penyanyi latar yang kami tak kisah kalau badan anda macam Adibah Noor atau Saripah Aini tapi anda mampu menyanyi dan mampu dengan serta-merta bertukar menjadi security kalau tiba-tiba penonton merusuh tak tentu pasal.

3.Penyanyi utama yang sekali lagi kami tak kisah kalau badan anda macam Adibah Noor atau Saripah Aini tapi anda mampu menyanyi dan tak berkehendakkan membuat stage dive.

4. Pemain keyboard bersifat nerd-nerd sikit yang suka baca Harry Potter masa band member lain tengah practice.

Walaupun mamat ini super cool tapi kami tak nak penyanyi macam ni.

Kenapa Thomas Edison Adalah Sangat Overrated

Sering kali kita mendengar pemotivasi berceramah dengan penuh semangat hingga tersembur air liur mahupun dalam buku-buku motivasi memetik tentang kegigihan Thomas Edison. Ini adalah sangat overrated. Mereka mungkin tidak mengenal pun siapa Thomas Edison. Apa yang mereka tahu cuma mungkin kisah 10 000 cubaan untuk mencipta mentol lampu oleh Edison tersebut.Tetapi setiap kali berdegang gegendang telinga kita mendengar mereka berbicara perihal "kegigihan" seorang oportunis. 

Tidak hairanlah jika mungkin yang berbicara itu juga seorang oportunis.

Baca kisah selanjutnya di sini. Juga di sini. Dan di sini. Anda mungkin juga ingin klik di sini.  


Nikola Tesla - One of the Most Underrated, Greatest Inventor of All Time.


Siri Tahukah Anda : Fakta Menarik Tentang Kucing

Saya kira kebanyakan daripada kita ada membela kucing di rumah. Ok-lah, mungkin ada yang memelihara arnab mahupun hamster. Tapi anda tidak bisa melihatkan seekor arnab atau hamster tiba-tiba datang ke rumah anda dan tanpa segan silu bermastautin di situ bukan? Kini saya ingin perturunkan fakta-fakta menarik tentang kucing.

anak-kucing-tidur-dalam-bakul

1. Kucing tidur paling lama di antara haiwan lain, iaitu sekitar 16 jam. Namun kita percaya jika manusia itu terdiri dari ketegori haiwan pasti manusialah yang dinobatkan sebagai petidur paling lama, kerana ada kalangan rakan-rakan kita yang mampu tidur lebih 16 jam sehari.

tidur-lena
Pak cik ini mampu tidur lebih 16 jam sehari. Saya pasti.

2. Kucing merupakan seekor binatang yang bijak. Di dalam dunia haiwan, IQ kucing hanya mampu ditandingi oleh monyet dan cimpanzi. Walaupun monyet dan cimpanzi lebih bijak daripada kucing, namun setakat ini tidaklah dapat dijumpai peribahasa melayu yang berbunyi alim-alim monyet atau alim-alim cimpanzi, melainkan alim-alim kucing jua.


3. Tahukah anda kencing kucing mampu bernyala di dalam gelap. Namun janganlah anda beranggapan bahawa semua barang yang glow in the dark itu menggunakan kencing kucing. Rakan sekelas saya mempunyai sehelai baju t glow in the dark yang pernah disarungnya ke kelas, nanti apa pula kata dia.


4. Kucing atau nama saintifiknya felis catus terutama kucing rumah merupakan salah satu haiwan pemangsa terhebat di dunia. Kucing mampu membunuh atau memakan beberapa ribu spesis mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau dan sebagainya) yang hanya mampu memburu kurang dari 100 spesis. Namun begitu haruslah diinsafi bahawa anda dan saya juga termasuk dalam golongan 100 spesis tersebut.

kucing-tidur-comel

5. Kucing tergolong dalam haiwan yang sangat pembersih. Mereka sering mambasuh diri dengan menjilat-jilat bulu mereka yang di mana air liur tersebut merupakan agen pembersih yang kuat. Namun begitu janganlah anda menjilat-jilat tubuh sendiri di hadapan rakan-rakan anda semata-mata untuk menunjukkan anda seorang yang pembersih.


6. Singa merupakan raja segala kucing. Singa berbeza dari jenis kucing yang lain, bukan hanya pada penampilannya sahaja, tetapi juga dari sifatnya yang hidup berkelompok. Berat seekor singa jantan mampu mencapai 225kg (500lb) dan panjangnya hingga 3m (10ft). Singa juga digelar sebagai raja rimba. Namun begitu jalan cerita komik Raja Rimba karya Ma Wing Shing bukanlah berkisar tentang kehidupan singa-singa di Afrika.

komik-raja-rimba

7. Antara salah satu cara seekor kucing mempamerkan taat setianya ialah dengan berguling-guling di atas lantai. Tetapi tatkala anda disoal siasat oleh teman wanita/lelaki anda kerana kantoi keluar tengok wayang cerita hantu dengan wanita/lelaki lain, janganlah anda berguling-guling di hadapannya semata-mata ingin membuktikan taat setia anda yang tidak berbelah bagi.

dua-kucing-berpelukan

Bacaan tambahan. Klik sini dan juga di sini.


Artikel Berkaitan: