7 Lagu Yang Harus Anda Dengar Ketika Happy Yea Yea Yeah Sahaja

Dua tahun yang lepas saya pernah menulis tentang senarai 11 lagu depressive kegemaran saya. Rujuk sini. Apabila saya rujuk semula entri tersebut, saya berkata dalam hati. "Tahi apakah ini?" Kebanyakan lagu-lagu tersebut tidak depressive malah ada yang menyenangkan perasaan. 

Jadi dua tahun kemudian saya cuba memperbaharui senarai tersebut, berharap ianya menjadi 'senarai lagu-lagu yang disusun mengikut kategori mengarut yang hanya dibuat ketika kau online tapi kau bosan tahap tahi dan tak tahu hendak buat apa lagi dah selain membuat senarai-senarai yang sifatnya tahi." Tapi harus diingat lagu ini hanya didengari ketika anda sedang tidak dalam keadaan bermurung kerana kesannya berbahaya. Percayalah, saya pernah buat benda gila ketika mendengar lagu-lagu ini tatkala dalam 'period of great depression.'


7. Mingled Roots - Tony Levin
6. Duduk of the North - Djivan Gasparyan
5. The Dead Flag Blues (Intro) - Godspeed You! Black Emperor
4. 13 Angels Standing Guard 'Round the Side of Your Bed-A Silver Mt. Zion
3. How to Disappear Completely - Radiohead
2. Hurt - Nine Inch Nails
1. The Host of Seraphim - Dead Can Dance


Lagu nombor 1 di atas saya dengar ketika menonton filem thriller The Mist yang diadaptasi dari novel Stephen King. Top-notch film, antara yang terbaik pernah saya tonton. Malah ending filem tersebut pada saya adalah sangat genius! (walaupun mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya dalam hal ini). Lagu di atas menjadi lagu penutup kepada filem yang wajib ditonton ini. 





No comments:

Post a Comment