Macam-macam Ketika Berprektikel (part 2)

1.Petua untuk masih kelihatan macho walau ketika dimarah bos di hadapan orang ramai: seluk poket, ambil sebatang rokok, nyalakan dan hisap sambil buat gaya abang-abang sambil mendengar bebelan orang tua tersebut.

2.Saya perhati mereka yang bekerja di site office ada 2 sifat alamiah: perokok tegar dan perut boroi. Apakah merokok memungkinkan keboroian perut? Mungkin lepas ini kementerian kesihatan boleh letak gambar lelaki boroi perut di kotak rokok.

3.Saya bekerja di site yang bakal diduduki raja-raja dadah kerana saya rasa dengan hanya menjual dadah memampukan seseorang membeli rumah teres berharga 6-8 juta sebijik.

4.Pakai jeans ketat koyak-koyak di lutut dan sepasang Converse rabak ke tempat kerja. Barulah ada gaya abang-abang!

5. "Lancau" merupakan antara perkataan paling kerap didengari selepas perkataan "fuck".

No comments:

Post a Comment