Monocle

Itu hari saya ada beli satu majalah luar negara, Monocle dia punya tajuk. Saya beli pun sebab saya terbaca review yang agak memuji dari blog-blog pasal majalah ini. Mengikut mitos kononnya kau akan kelihatan berkali ganda lebih kool dan intelijen bila kau dilihat membaca bahan-bahan bacaan sebegini di dalam lrt mahupun ketika menunggu bas. 

Tapi dalam komuter tak payahlah sebab sudah sah-sah kau akan berhimpit-himpit macam pendatang asing dalam tongkang nak diseludup ke perairan negara.


Isu pertama yang saya beli harganya adalah dalam kira-kira RM (baca Rosmah Mansur) 15 macam itu. Kira affordable-lah, bagi student macam saya. Tidaklah begitu memboroskan (baca me-rosmah-mansur-kan) perbelanjaan bulanan. 

Tapi beberapa hari lepas saya ke kedai buku dan ternampak majalah tersebut, edisi baru. Niat dalam hati kononnya nak gedik-gedik sikit pergi beli tapi bila lihat tanda harga Rosmah Mansur 34 saya jadi pelik dan terus tak jadi beli. Waddehel. Apa pasal tiba-tiba jadi mahal.

Selepas pulang ke rumah saya belek semula edisi lama majalah tersebut dan baru kemudian saya perasan, rupa-rupanya dia ada tulis dekat bahagian tepi, tulisan warna putih, "February 2011". 

Owh.

No comments:

Post a Comment