Sabariah Gadis Glamer

Sabariah gadis glamer Kg Dusun. Dulu-dululah. Sebelum dia menjolok kedua biji matanya dengan chopstick sampai buta sebab mak dia tak bagi kahwin dengan Badin anak Tok Penghulu Singah yang baru balik oversea. Si Badin gemar mengendap, satu kampung dah tahu.

Sejak cacat penglihatan Sabariah sudah tak glamer macam dulu. Dia dah tak boleh sertai Pertandingan Ratu Cantik Kebaya Ketat peringkat daerah sebab dia tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Ye lah, takkan kau nak tengok si Sabariah tu catwalk kat atas pentas sambil pakai tongkat. Haram jadah apa kan. Kalau tidak sudah pasti habis hadiah hamper dan pakej melancong ke Pulau Sebang dibolot Sabariah. Maklumlah, juara bertahan 3 tahun berturut-turut.

Sabariah yang dah tak glamer kurang jadi perhatian jejaka kampung. Kalau ada pun cuma Pak Kasim duda anak lima dan beberapa pak cik berumur pertengahan yang selalu lepak di kedai kopi Tok Penghulu Singah. Tak kan Sabariah berkehendakkan Pak Kasim yang anak bongsunya baru habis SPM. Tua ganyut dah orang tua tu, ujar Sabariah.

Tapi umur Sabariah makin hari makin meningkat. Dia tak nak jadi andartu. Hendak tak hendak terpaksa juga dia menuruti calon pilihan keluarganya, itu pun setelah dipujuk belanja makan Cendol Leman Dawi oleh bapanya. Bapa Sabariah tahu dia ketagihkan Cendol Leman Dawi. Nak-nak pula boleh ditambah percuma. Sedap, kata Sabariah.


Sambung lain kalilah. Saya malas nak tulis panjang-panjang.


Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. cepat la.....ak nak bce klimaks ngan penutup die...hahaha

    ReplyDelete
  2. bawak besabo din..bawak besabo..aku byk lagi bende nak buat ni.

    ReplyDelete