Kenangan Menaiki Bas Di Pagi Ramadan Yang Epik

Pagi itu pagi Ramadan dan kalau nak pergi kerja pagi-pagi begini memang bikin saya malas amat. Dengan jalan sesak dan berhimpit-himpit dalam bas cukup untuk mematikan mood saya di pagi yang hening sebegitu. Hendak dijadikan cerita saya naik bas Rapid KL agak lambat maka saya dipaksa untuk berdiri di bahagian pintu belakang bas.

Bas pagi itu memang cukup sendat dengan penumpang yang rata-rata buat-buat muka malas terpaksa. Tiba-tiba naik seorang auntie ni dengan cukup gelabah dia menolak sana-sini cuba untuk mencari ruang di tepi pintu belakang bas tersebut. Sambil gelabah-gelabah tak ingat itu sempat juga dia mencarut barang sedas dua. 

"Shit! Fuck!", beliau bersungut, gelabah amat-amat.

Saya jadi tak selesa dan sempat juga saya menyumpah sikit-sikit dalam hati. Penumpang lain juga saya lihat ada buat-buat muka menganjing dengan perilaku tak senonoh auntie tersebut.

Ta ta ta ta ta .

Bas bergerak ke destinasi seterusnya.

Tak lama kemudian ada penumpang menekan loceng menandakan bas akan berhenti di persinggahan berikutnya. Saya perasan auntie gelabah tersebut berdiri betul-betul di tepi pintu bas. Fikir saya dalam hati kalau pintu bas terbuka memang sah-sah auntie gelabah tersebut akan tersepit dengan secara automatiknya.

"Keh keh keh keh." saya berniat jahat dalam hati.

Preetttt!

Dan pintu bas pun terbuka dengan pantasnya.

Apa yang saya jangka benar-benar terjadi. Pintu bas tersebut dengan secara pantas dan tanpa belas kasihan menyepit auntie tersebut dalam sekelip mata, tanpa siapa-siapa pun sempat berbuat apa-apa. Apa lagi, menjerit terlolong auntie gelabah tersebut sampai satu bas terdengar.

"Ahhh. My leg, my leg, my leg!!", jerit beliau dengan nada penuh kesakitan. Dan masih gelabah.

Mendengar hiruk pikuk tersebut pemandu bas lantas menekan suis menutup semula pintu bas dalam usaha menyelematkan auntie gelabah tersebut. Saya yang berdiri betul-betul di belakang auntie tersebut sedaya upaya untuk buat-buat muka serius tambah kasihan walaupun dalam hati sebenarnya meronta-ronta tahan gelak. Saya percaya penumpang lain juga sebegitu.

Dari belakang saya terdengar esakan tangis auntie tersebut. Sakit benor gamaknye.

Pagi itu saya tersenyum sorang-sorang sampai ke tempat kerja. Pagi itu pagi epik.
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: