A Pack of Ciggies Does Its Magic



I

Setiap hari sabtu jika saya pulang ke rumah ketika bersekolah asrama dahulu saya akan sentiasa menghabiskan masa bersama rakan-rakan di pekan. Berbual kosong, bermain snooker, jamming, berlari-lari sekitar pekan menyelematkan diri dari polis kerana bergaduh di stesyen bas macam main polis sentri dan sebagainya merupakan aktiviti minguan kami.

Yang menariknya kami mempunyai semangat kerjasama. Jika seorang hamba Allah yang pemurah ini mengeluarkan sebatang ciggy untuk dihisap, ia akan digilir-gilirkan hinggalah ke sedutan yang terakhir. Sepam seorang. 

Jadi jika ada sepuluh orang yang menghisap sebatang ciggy yang sama, maka secara tidak langsungnya bolehlah dianggap mereka-mereka itu (termasuk saya sendiri) bergilir-giliran mencium molot masing-masing sesama sendiri dengan tanpa segan silunya. (urggh)


II

Saya mula hisap ciggy ketika darjah empat, terpengaruh dengan rakan-rakan sekampung yang gemar menghisap di dalam semak. Hisap ciggy sahaja, bukan hisap benda lahanat lain. Dan saya mula berhenti ketika tingkatan empat atau lima, tak ingat. Juga tak ingat atas sebab apa.





III

Bekerja di tapak pembinaan jika anda seorang lelaki tulen tetapi tidak menghisap ciggy anda boleh dikategorikan sebagai spesis yang jarang ditemui. Rare breed bak kata orang. Jarang-jarang. Jarang-jarang macam jarang sekali siaran astro kau tidak akan terganggu masa hujan walaupun makin lama caj astro makin naik tapi servis masih macam bangang dan siaran banyak ulang-ulang. Sampai begitu sekali dia punya tahap jarang.


IV

Dulu saya rare breed dalam tapak pembinaan tapi mulai baru-baru ini tidak lagi. Kerana tekanan yang semakin melampau saya mula hisap ciggy. Hakikatnya bukanlah sedap sangat pun hisap bende alah tersebut. Sudahlah membazir duit, lepas hisap pasti tekak rasa loya-loya dan kepala pening-pening. Tapi yang peliknya ia agak mujarab dalam menghilangkan tekanan. Yahudi betul.


V

Saya harap lepas habis praktikal (atau mungkin lebih awal) saya boleh berhenti menghisap. Setiap asap yang saya hisap dan hembus umpama menghisap rasa bersalah yang teramat dan menghembus pergi kepercayaan mereka-mereka yang rapat dengan saya. (pergh, ayat)


No comments:

Post a Comment