Cita-Cita Yang Tiada Kesampaian Akan Ia

Masa saya sekolah rendah dulu macam-macam yang yang saya nak jadi bila besar nanti. Antara cita-cita yang paling cliche pastilah nak jadi doktor iye dak. Tanyalah budak-budak sekolah rendah pasti jawapan majoriti yang didengar ialah nak jadi doktor. Tak tahulah pula kalau zaman teknologi sekarang budak-budak dah start cita-cita nak jadi software engineer ke apa bagai tak pasti pula saya. Atau sekurang-kurangnya nak jadi tauke cyber cafe. Keh keh.

Tapi selain doktor saya punya ambisi lain. Saya nak jadi pelukis. Pelukis komik.

Ketika bersekolah saya kerap melukis komik. Kadang-kadang sampai cikgu tengah mengajar di depan pun saya masih sempat melukis. Saya boleh habiskan masa dalam 3-4 jam di atas meja sambil melukis tanpa sebarang masalah tapi bila bab study belum sampai 30 minit sudah terlelap. 

Banyak juga komik-komik mengarut yang saya lukis, ada yang masih terpelihara tapi banyak sudah hilang dan koyak rabak digigit tikus rumah. Bawah ini antara tinggalan-tinggalan komik yang masih terselamat dari anasir-anasir yang mencemburui kerja-kerja komik saya yang (tidak seberapa) hebat. Saya lukis masa darjah lima atau enam, tak silap. Tahap lukisan memang boleh bikin ketawa tahap haram. Keh keh.




No comments:

Post a Comment