Stephen Wilshere - Manusia Memori Fotografik


Memori manusia tidak mampu mengingati setiap kejadian atau perkara yang berlaku di hadapan mata. Apabila anda masuk ke dalam sebuah pejabat, anda mungkin akan mengingati wajah seorang receptionist yang hot ala-ala Lisa Surihani, tapi anda mungkin tidak akan perasan Blackberry beliau yang terletak di atas meja, warna kerusi beliau, ataupun jari tengah beliau yang ditunjukkan secara senyap-senyap kepada anda kerana kelakuan anda yang seperti pak cik tua pervert ingin mengorat anak dara. Anda melihat semua itu, namun dengan tidak memfokuskannya, anda tidak akan mampu mengingati semua detail. Namun tidak bagi pengidap savant sydrome seperti Stephen Wilshere.


Stephen Wilshere (lahir 24 April 1974) merupakan seorang pelukis seni bina yang mampu melukis landskap sesebuah bandar secara terperinci dengan hanya menggunakan daya ingatan, kadang-kala hanya selepas melihatnya secara ringkas. Ketika masih kanak-kanak beliau tidak mampu bercakap dan tidak mampu berinteraksi dengan orang lain. Beliau tidak mempunyai bahasa dan ketika berusia tiga tahun beliau disahkan menghidap autistik. Danperkataan pertama yang keluar daripada mulut beliau adalah 'susu' (nah, just kidding, ianya adalah 'paper').

Mari Belajar Bahasa Inggeris Cara Seronok

Anda bosan dan tidak seronok mempelajari bahasa Inggeris di kelas kerana cikgu-cikgu atau pensyarah-pensyarah anda adalah sangat skema dan sering membuat lawak yang tidak menjadi yang akhirnya beliau hanya tertawa keseorangan di hadapan kelas? Jadi bagaimanakah caranya bagi pihak sekolah atau universiti untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris selain meletakkan tenaga pengajar yang cantik, seksi dan mampu membuatkan anda tertawa walaupun lawak mereka tidaklah sekelakar mana dan kadang-kala sangat lame? Salah satu caranya adalah dengan menerapkan prinsip 'learning English should be fun!'.

Dan video yang saya jumpa di Youtube ini memang menerapkan prinsip tersebut dengan secara efisyennya. Semoga selepas menonton video ini anda dapat meluaskan vocabulary anda dan menggunakannya dalam kehidupan seharian, tidak kira ketika bersembang dengan rakan di kedai mamak, ketika membalas mesej kekasih, ataupun ketika sesi interview mencari kerja kerana untuk menarik perhatian interviewer anda haruslah menggunakan bahasa Inggeris yang high standard yang mampu menampakkan ciri-ciri kebijaksanaan anda. Selamat menonton!


Anda Hanya Bernilai RM14.60 Pada Facebook

Menurut satu sumber, setiap seorang daripada pengguna Facebook iaitu saya, anda (jika menggunakan Facebook) dan 900 juta pengguna yang lain hanyalah bernilai kira-kira RM14.60 ($4.81) pada mata Mark Zuckerberg, atau kepada Facebook secara keseluruhannya. Analoginya jika Mark Zuckerberg pergi ke restoran mamak dan memesan sekotak Dunhill, segelas teh tarik gelas besar dan sepinggan mee goreng, beliau boleh membayarnya dengan menggunakan salah seorang daripada anda, saya ataupun mana-mana pengguna Facebook yang lain.

Jadi jika saya atau salah seorang daripada anda menutup akaun Facebook hari ini, mungkin atas alasan memberontak tidak mahu menggunakan timeline, menyampah dengan status seorang rakan yang akan diupdate setiap minit, terasa sakit hati dengan jemputan bekas kekasih ke majlis perkahwinan mereka, perasaan malu apabila ditagged gambar anda sedang tidur dengan air liur basi terkeluar meleleh atau apa-apa sahajalah, mungkin tidak mahu kehidupan anda di kampus diketahui ibubapa yang gemar stalk profile anda - Mark Zuckerberg dan rakan-rakan hanya akan kehilangan sekotak Dunhill, segelas teh tarik gelas besar dan sepinggan mee goreng.

Nilai anda di mata Mark Zuckerberg


Pemburu Tertembak Teman Wanita Yang Disalah Anggap Babi Liar

Seorang pemburu di Florida telah dengan tidak sengaja menembak teman wanitanya ketika memburu kerana menyangkakan teman wanitanya itu ialah... seekor babi liar.

Menurut laporan polis, ketika itu Steven Egan, 52 sedang memburu dari dalam khemah beliau sebelum terdengar bunyi yang disangkanya adalah mangsa buruan beliau, iaitu sekali lagi, seekor babi liar, yang saya percaya kedengaran seperti bunyi "hngok hngok" mungkin? (bayangkan bunyi babi liar) Beliau menembaknya tanpa mengetahui teman wanitanya tiada di dalam khemah ketika itu.

Peluru dari senapang .30-caliber beliau menembusi kedua-dua kaki teman wanitanya, Lisa Simmons, 52. Simmons dikejarkan ke hospital melalui bantuan udara di mana beliau pulih daripada pembedahan pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun tiada tindakan yang dikenakan terhadap Steven Egan, dengan pihak berkuasa menimbangkan melihatkan pada situasi tersebut, sesiapa pun boleh tersalah anggap. Hey, perkara sebegini boleh berlaku kadang-kadang kan? You know, bila anda tersalah anggap teman wanita anda sebagai seekor babi liar? Well, we understand that.


Gambar: teman wanita Steven Egan daripada pandangan mata beliau


Satu Kejadian Pada Satu Malam Di Hadapan Seven Eleven

Malam itu saya menjenguk seven eleven membeli barang keperluan harian. Setelah mendapatkan barang keperluan harian yang diidamkan itu yakni sekotak winston merah dan terasa sedikit seram menengok wajah cashier yang serupa pembunuh bersiri yang psychopath, saya pun melangkah keluar. Sekeluarnya dari kedai 24 jam yang berekon itu saya pun mengeluarkan sebatang winston merah dan menyalakannya lalu menghisapnya dengan penuh nikmat. Ya, penuh nikmat. Saya menghayati setiap sedutan dari rongga mulut membawa ke trakea hingga ke paru-paru seumpama itu sebatang yang terakhir.

Saya pun menuju ke motosikal honda ex5 kaler merah yang diparking di depan kedai. Di tepi motosikal sebelum mengeluarkan kunci saya menghisap beberapa das sebelum saya perasan seorang brader yang baru keluar dari seven eleven itu memerhati saya dari depan kedai. Dia perati saya betul-betul. Dia tenung macam saya pernah tidur dengan bini dia. Tapi saya buat-buat dek sambil meneruskan sedutan.

Tak lama kemudian brader tersebut menghampiri saya sambil menyeluk sesuatu daripada poket beliau. Saya panik sedikit. Kaget. Dengan tidak semena-mena otak saya pikap sesuatu yang tidak kena lantas saya mengeluarkan hanset dari dalam poket dan buat-buat menelefon seseorang dan cepat-cepat beredar dari situ.

Rupa-rupanya motosikal yang saya nak naik itu kepunyaan brader tersebut. Motosikal saya nun jauh di hujung sana.


Seluar Yang Di-recycle Daripada Botol Bir

Bersempena dengan Earth Day semalam, yang menurut George Carlin "one more arrogant attempt by human to control nature", pereka-pereka fesyen di Bonobos telah memikirkan satu idea yang *brilliant* untuk menyelamatkan planet bumi, iaitu mereka sepasang seluar denim yang dikitar semula daripada botol bir. Seluar ini diperbuat daripada 23 peratus bahan sintetik daripada benang-benang pada botol bir. Bahan selebihnya terdiri daripada benang kapas, dan anda tidak perlu bimbang kaca-kaca botol Carlsberg tersebut mencucuk skrotum anda kerana mereka menggunakan botol-botol bir plastik.Sehelai berharga 135 US dollar dan anda boleh cekidout di sini. Saya tidak pasti pula apa hukumnya orang Islam membeli dan memakai seluar ini.

Mungkin untuk Earth Hour mereka boleh mencipta seluar yang glow in the dark pula. Just a thought.


7 Poster Propaganda Paling Mengarut

Poster propaganda disebarkan oleh kerajaan sesebuah negara sebagai satu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan gerak-geri masyarakat mengikut apa yang telah dirancang oleh kerajaan tersebut. Namun adakalanya poster-poster tersebut berakhir sebagai bahan jenaka untuk puluhan tahun yang mendatang kerana kesilapan kerajaan yang memikirkan rakyat-rakyatnya bodoh-bodoh alang belaka. Antaranya:



Negara: Korea Utara
Mesej: Kepentingan Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Diri
Salah Tafsir: Emm, saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi berdasarkan apa yang saya lihat, seorang nurse muka psiko dengan jarum besar tak ingat akan menyuntik anda di bahagian skrotum dan anda akan dilanggar sekawan lembu dan kambing. Ok, mungkin dekat-dekat macam tu kot.

Negara Paling Berbahaya Di Dunia

Kebanyakan orang beranggapan negara yang dilanda peperangan dan ancaman pengganas seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan, Somalia dan sebagainya termasuk dalam senarai antara negara paling berbahaya dan tidak selamat untuk dikunjungi. Namun dengan kadar pembunuhan lebih 80 orang bagi setiap 100,000 penduduk, Honduras menduduki senarai teratas bagi negara paling berbahaya di dunia. Pemerintahan tentera, korupsi, ancaman keganasan geng pengedar dadah, jurang perbezaan pendapatan yang tinggi di kalangan penduduk dan kadar jenayah yang tinggi menyumbang kepada negara Amerika Tengah dengan bilangan penduduk seramai 7.7 juta orang ini tidak selamat untuk dikunjungi.

Selain itu Honduras juga mencatat kadar jenayah yang tinggi berpunca daripada geng pengedar dadah digelar 'maras' yang kebanyakannya digolongi anak-anak muda dengan keanggotaan melebihi sepuluh ribu orang. Antara kegiatan jenayah yang melibatkan geng yang mencacah tatu di bahagian badan untuk menunjukkan kesetiaan kepada geng mereka ini ialah antaranya mengedar senjata api, pembunuhan, rompakan, mengedar dadah, penculikan, peras ugut dan sebagainya. 

Oh ya, dikhabarkan di sesetengah bandar di Honduras penduduknya hanya berkenderaan untuk keluar dan tidak berani untuk berjalan kaki walaupun di waktu siang kerana jenayah rompakan dan peras ugut berlaku tidak kira siang atau malam. Holy shit! Pasti syarikat petroleum untung besar di sana. Well, itupun jika mereka bernasib baik sebelum dirompak dan dibunuh oleh geng maras.




Shark versi Tegucigalpa Gangster




Yang Perlu Dibaca

Cuti ini saya rasa adalah masa yang paling ideal untuk menghabiskan misi bacaan yang sudah lama saya azamkan dahulu, atau tak pernah langsung saya azamkan, saya lupa. Tapi memandangkan kedewasaan ini saya sibuk benar dengan agenda merancang perniagaan sendiri berbentuk ala-ala monopoli cara yahudi maka sedikit masa yang boleh diperuntukkan untuk menelaah. Sejam dua sebelum tidur mungkin. 

Tapi saya teringat pesan seorang pujangga internet (bukan yahudi) mengatakan bahawa menimba ilmu juga boleh dikira sebagai  satu bentuk pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Maka hendak tak hendak terpaksa juga saya habiskan bahan-bahan bacaan di bawah walaupun ada antaranya sudah bertahun tersusun rapi di rak tanpa ditelaah, menunggu masa untuk mereput dan seterusnya menurut law of conservation of energy, akan berubah bentuk mejadi tenaga haba apabila dibakar atau sekurang-kurangnya menjadi potential energy apabila berakhir di dalam perut tikus.

Semoga Tuhan memberi saya kekuatan hendaknya, inshallah.



10 Fakta Osem Tentang Paus Pembunuh


Anda rasa ikan jerung putih adalah pemangsa paling badass di dasar lautan? Anda mungkin perlu mengubah persepsi tersebut kerana tahap badassery paus pembunuh adalah melangkaui mana-mana ikan jerung walaupun mereka kelihatan comel dengan rupa kulit seperti tuksedo hitam putih. Lagipun jika anda perasan, ikan jerung putih (great white shark) tiada perkataan 'pembunuh' pada nama mereka. Hey, you have to earn that shit.


"Yosh!!"

1. Paus pembunuh yang juga dikenali sebagai orca bukanlah dari spesis paus tetapi sejenis ikan dolfin. Mereka merupakan spesis dolfin terbesar di mana panjangnya boleh mencapai 30 kaki dan berat mencapai 12,000 pounds. Lagi pun tak badass dan angkuhlah jika dipanggil killer dolphin bukan?

2. Merupakan haiwan terpantas di dasar lautan, dengan kelajuan mampu mencapai 30 batu sejam.

3. Paus pembunuh bersosial dalam lingkungan kumpulan atau pods mereka sahaja. Walau bagaimanapun, sesuatu kumpulan boleh bersosial dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Untuk menampakkan tahap badassery, kata nama kumpulan dalam artikel ini akan digantikan dengan kartel, melambangkan keganasan kartel dadah Colombia.

4. Kerumitan struktur sosial paus pembunuh boleh disamakan dengan gajah dan manusia. Mereka memburu di dalam kartel dalam lingkungan sehingga 40 ekor dan terdapat sehingga empat generasi ahli keluarga boleh ditemui dalam sesuatu kartel. Saya terbayangkan Corleone family.

5. Paus pembunuh berkomunikasi menggunakan suara di antara satu sama lain, tetapi setiap kartel mempunyai bahasa unik yang tersendiri, yang memudahkan mereka untuk mengenal spesis dari kartel masing-masing. 

"Awww...look at the cute whale,it's so adorab-OH GOD! IT HAS MY ARM!"

6. Saiz otak paus pembunuh adalah lima kali lebih besar berbanding otak manusia. Mereka sangat sosial, bijak dan juga bersifat ingin tahu. Otak paus pembunuh telah dikaji dengan mikroskop dan terbukti mempunyai struktur dan berkembang seperti otak manusia.

7. Antara makanan ruji mereka ialah anjing laut, dolfin, ikan paus, burung, beruang polar dan juga terdapat insiden direkodkan mereka menyerang ikan jerung putih untuk dijadikan makanan. Selepas kartel paus pembunuh tersebut puas menyantap sushi ikan jerung, dikhabarkan kumpulan jerung yang lain melarikan diri beberapa batu dan seterusnya lenyap tidak dapat dikesan. Yeah, run bitches, run.

8. Boleh diklasifikasikan sebagai apex predator kerana mampu memburu di dasar lautan tanpa gangguan daripada pemangsa-pemangsa yang lain. Dengan kata lain, keangkuhan.

9. Walaupun tahap badassery paus pembunuh melebihi ikan jerung putih, namun tiada insiden merekodkan ikan paus pembunuh menyerang manusia di dasar lautan. Yang direkodkan cumalah yang melibatkan paus pembunuh menyerang pelatih di dalam sangkar kurungan.

10. Jangka hayat seekor paus pembunuh liar adalah 50-60 tahun bagi spesis jantan, manakala 90 tahun bagi spesis betina. Bagaimanapun, paus pembunuh yang dikurung dalam kurungan selalunya hidup tidak lebih daripada 30 tahun dan purata jangka hayat mereka adalah kira-kira 20 tahun.

"Rezeki yob!"


Funny Protest Signs








Hitler dan Hobi Masa Senggang Beliau

1939 - lelah seharian mengarahkan tentera Jerman menakluk Poland dan melakukan mass murder terhadap puluhan ribu warganya, meruntuhkan hospital, menembak tahanan, membunuh tentera yang cedera dan menyeksa  warga Polish dengan menjentik bisol di bontot mereka, Adolf Hitler pulang ke rumah untuk berehat sambil minum-minum. 


Terasa bosan Hitler berinisiatif, "fuck that, i'm gonna sketch some badass cartoons before planning my next-to-do list, you know, the holocaust thing, or some shit."

Dan beliau melukis ini:



Waa, serioushit dude?

Yup, mengikut sumber di sini, serius tahi. Dan kebanyakan sedia mengetahui Hitler merupakan seorang pelukis sebelum memasuki parti Nazi, yang boleh dibayangkan jika beliau meneruskan profesion tersebut, beliau hanya mungkin melukis potret-potret peperangan di atas kanvas instead of initiating the next fucking world war.

Dan filem kegemaran beliau? Snow White. Yup, that Snow White. Baca sini

. "Holy mother, this is one of the best movies ever made. Ah shit, those retarded dwarfs remind me of those gypsies. Damn."
-Adolf Hitler

Perihal Membuat Kek Batik

Saya harap dengan mempelajari selok-belok membuat kek batik ini tiada sesiapa manusia munasabah akan mempersoal kejantanan saya. Saya akan buat sambil menghisap rokok dan mendengar lagu Iron Maiden. Cukup jantan lah itu bukan?

Memandangkan saya ini bukanlah seorang yang ahli dalam perihal membuat kek batik ini dan untuk menyelamatkan kain batik wan saya daripada menjadi resipi masakan sebab saya tersalah faham perkataan batik pada kedua-dua benda alah tersebut, maka saya pun bertanyakan Encik Gugel.

Ketap ketap ketap. Fap fap. Ketik ketik. (efek bunyi papan kekunci dan tetikus)

Saya masuk satu blog gadis. Ya, gadis. Saya pelik juga, blog-blog masakan yang saya kunjungi sebelum ini selalunya adalah blog makcik-makcik suri rumah tangga dan blog gadis-gadis pula selalunya berkisar tentang mempelajari mengikat shawl afrika, tudung bawal mahupun tudung bonggol unta mirip kepala alien yang kadang-kadang saya syak mereka ada sembunyi haiwan peliharaan untuk dibawa ke kuliah. 

Kadang-kadang menduga akal juga memikirkan berapa lamakah masa untuk mengikat tudung bonggol unta mirip kepala alien tersebut.  Iyelah, hendak mengikatnya satu hal, hendak bubuh kucing untuk diikat bersama-sama pun satu hal. Bagaimana pula kalau kucing tersebut tak duduk diam? Atau mereka siap-siap suntik ubat pelali untuk menidurkan kucing tersebut?

Ah, ya. Saya dah terkeluar topik.




Buat Gila

Buat gila gua hisap rokok dalam bilik tak kunci pintu. Sekali atuk gua masuk memang sah gua kena lambung keluar tingkap. Naya, naya.



Melayan Lagu Punk

Melayan lagu punk sebegini dalam bilik tanpa membuka lampu dengan berseluarkan jeans lusuh koyak di lutut tidak berbaju sambil berrokokkan sebatang winston memang membuatkan gua terasa ingin merebel di malam hari. Kah kah kah kah.

Oh, gua tak boleh pasang lagu punk ni kuat-kuat,nanti atuk gua yang tidur di dapur bising.

The Wall


"Long before there were Facebook, Twitter, Myspace, etc, there was toilet wall."