Anda Hanya Bernilai RM14.60 Pada Facebook

Menurut satu sumber, setiap seorang daripada pengguna Facebook iaitu saya, anda (jika menggunakan Facebook) dan 900 juta pengguna yang lain hanyalah bernilai kira-kira RM14.60 ($4.81) pada mata Mark Zuckerberg, atau kepada Facebook secara keseluruhannya. Analoginya jika Mark Zuckerberg pergi ke restoran mamak dan memesan sekotak Dunhill, segelas teh tarik gelas besar dan sepinggan mee goreng, beliau boleh membayarnya dengan menggunakan salah seorang daripada anda, saya ataupun mana-mana pengguna Facebook yang lain.

Jadi jika saya atau salah seorang daripada anda menutup akaun Facebook hari ini, mungkin atas alasan memberontak tidak mahu menggunakan timeline, menyampah dengan status seorang rakan yang akan diupdate setiap minit, terasa sakit hati dengan jemputan bekas kekasih ke majlis perkahwinan mereka, perasaan malu apabila ditagged gambar anda sedang tidur dengan air liur basi terkeluar meleleh atau apa-apa sahajalah, mungkin tidak mahu kehidupan anda di kampus diketahui ibubapa yang gemar stalk profile anda - Mark Zuckerberg dan rakan-rakan hanya akan kehilangan sekotak Dunhill, segelas teh tarik gelas besar dan sepinggan mee goreng.

Nilai anda di mata Mark Zuckerberg


Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments:

  1. Haha... nilai lebih rendah daripada makanan! Tapi nilai masih nilai la... kalau semakin banyak tutup akaun, maka rugi jugak mark tu... kalau kita semua facebook user langsung tak nak guna, walaupun hanya bernilai RM15 tu, bila semua nilai combine.. bankrupt la mark!!

    http://www.bananamylove.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. your post is funny. haha.. if bandwagon effect, then he's dead. or else, he'll just keep surviving

    ReplyDelete
  3. y.Ho: kalau makin ramai yg tutup akaun,makin banyak lah rokok,teh tarik dan mee gorng yg mark x dpt beli.haha

    ef.ae: thanx.i think he's gonna survive for the next 4,5 years top b4 someone else takes over him,like he did to myspace.haha.

    ReplyDelete
  4. Time bca tu dh terasa lawak dh. Yg epic tu part picture tu la.. haha.. Nice entry, thumbs up, bro! =)

    ReplyDelete