Pemburu Tertembak Teman Wanita Yang Disalah Anggap Babi Liar

Seorang pemburu di Florida telah dengan tidak sengaja menembak teman wanitanya ketika memburu kerana menyangkakan teman wanitanya itu ialah... seekor babi liar.

Menurut laporan polis, ketika itu Steven Egan, 52 sedang memburu dari dalam khemah beliau sebelum terdengar bunyi yang disangkanya adalah mangsa buruan beliau, iaitu sekali lagi, seekor babi liar, yang saya percaya kedengaran seperti bunyi "hngok hngok" mungkin? (bayangkan bunyi babi liar) Beliau menembaknya tanpa mengetahui teman wanitanya tiada di dalam khemah ketika itu.

Peluru dari senapang .30-caliber beliau menembusi kedua-dua kaki teman wanitanya, Lisa Simmons, 52. Simmons dikejarkan ke hospital melalui bantuan udara di mana beliau pulih daripada pembedahan pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun tiada tindakan yang dikenakan terhadap Steven Egan, dengan pihak berkuasa menimbangkan melihatkan pada situasi tersebut, sesiapa pun boleh tersalah anggap. Hey, perkara sebegini boleh berlaku kadang-kadang kan? You know, bila anda tersalah anggap teman wanita anda sebagai seekor babi liar? Well, we understand that.


Gambar: teman wanita Steven Egan daripada pandangan mata beliau


No comments:

Post a Comment