Satu Kejadian Pada Satu Malam Di Hadapan Seven Eleven

Malam itu saya menjenguk seven eleven membeli barang keperluan harian. Setelah mendapatkan barang keperluan harian yang diidamkan itu yakni sekotak winston merah dan terasa sedikit seram menengok wajah cashier yang serupa pembunuh bersiri yang psychopath, saya pun melangkah keluar. Sekeluarnya dari kedai 24 jam yang berekon itu saya pun mengeluarkan sebatang winston merah dan menyalakannya lalu menghisapnya dengan penuh nikmat. Ya, penuh nikmat. Saya menghayati setiap sedutan dari rongga mulut membawa ke trakea hingga ke paru-paru seumpama itu sebatang yang terakhir.

Saya pun menuju ke motosikal honda ex5 kaler merah yang diparking di depan kedai. Di tepi motosikal sebelum mengeluarkan kunci saya menghisap beberapa das sebelum saya perasan seorang brader yang baru keluar dari seven eleven itu memerhati saya dari depan kedai. Dia perati saya betul-betul. Dia tenung macam saya pernah tidur dengan bini dia. Tapi saya buat-buat dek sambil meneruskan sedutan.

Tak lama kemudian brader tersebut menghampiri saya sambil menyeluk sesuatu daripada poket beliau. Saya panik sedikit. Kaget. Dengan tidak semena-mena otak saya pikap sesuatu yang tidak kena lantas saya mengeluarkan hanset dari dalam poket dan buat-buat menelefon seseorang dan cepat-cepat beredar dari situ.

Rupa-rupanya motosikal yang saya nak naik itu kepunyaan brader tersebut. Motosikal saya nun jauh di hujung sana.


Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: