Stephen Wilshere - Manusia Memori Fotografik


Memori manusia tidak mampu mengingati setiap kejadian atau perkara yang berlaku di hadapan mata. Apabila anda masuk ke dalam sebuah pejabat, anda mungkin akan mengingati wajah seorang receptionist yang hot ala-ala Lisa Surihani, tapi anda mungkin tidak akan perasan Blackberry beliau yang terletak di atas meja, warna kerusi beliau, ataupun jari tengah beliau yang ditunjukkan secara senyap-senyap kepada anda kerana kelakuan anda yang seperti pak cik tua pervert ingin mengorat anak dara. Anda melihat semua itu, namun dengan tidak memfokuskannya, anda tidak akan mampu mengingati semua detail. Namun tidak bagi pengidap savant sydrome seperti Stephen Wilshere.


Stephen Wilshere (lahir 24 April 1974) merupakan seorang pelukis seni bina yang mampu melukis landskap sesebuah bandar secara terperinci dengan hanya menggunakan daya ingatan, kadang-kala hanya selepas melihatnya secara ringkas. Ketika masih kanak-kanak beliau tidak mampu bercakap dan tidak mampu berinteraksi dengan orang lain. Beliau tidak mempunyai bahasa dan ketika berusia tiga tahun beliau disahkan menghidap autistik. Danperkataan pertama yang keluar daripada mulut beliau adalah 'susu' (nah, just kidding, ianya adalah 'paper').

Dianugerahkan dengan MBE pada tahun 2006 kerana sumbangannya kepada dunia seni, beliau telah menghasilkan beberapa lukisan pemandangan bandar utama dunia dengan hanya memerhatinya dari atas helikopter selama setengah jam termasuk Tokyo, Dubai, London, New York, Frankfurt, Madrid dan banyak lagi. Selain melukis, beliau juga mempunyai kebolehan bermuzik di mana ianya merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku bagi seseorang yang mengidap savant syndrome untuk mempunyai lebih daripada satu kebolehan. 

"Cakk!"

Walaupun mengidap autistik, namun berdasarkan beberapa pemerhati, beliau mempunyai personaliti yang menarik dan bersifat lucu kadang-kadang, yang berdasarkan gambar di atas memang tidak dapat kita nafikan. Mempunyai sebuah galeri tetap di Royal Opera Arcade di London, beliau kini tinggal di Maida Vale, London Barat bersama ibunya.





Comment With:
OR
The Choice is Yours!

4 comments:

  1. entry yg sgt menarik...salam ziarah jemput follow dan komen disini

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/05/pertemuan-dimasjid-lebih-indahkan.html

    ReplyDelete
  2. dpat new info..good information :)

    kalau rajin jom join segmen bloglist :)
    tambah kenalan blogger n up traficc

    http://kyraismera.blogspot.com/

    ReplyDelete