Yang Perlu Dibaca

Cuti ini saya rasa adalah masa yang paling ideal untuk menghabiskan misi bacaan yang sudah lama saya azamkan dahulu, atau tak pernah langsung saya azamkan, saya lupa. Tapi memandangkan kedewasaan ini saya sibuk benar dengan agenda merancang perniagaan sendiri berbentuk ala-ala monopoli cara yahudi maka sedikit masa yang boleh diperuntukkan untuk menelaah. Sejam dua sebelum tidur mungkin. 

Tapi saya teringat pesan seorang pujangga internet (bukan yahudi) mengatakan bahawa menimba ilmu juga boleh dikira sebagai  satu bentuk pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Maka hendak tak hendak terpaksa juga saya habiskan bahan-bahan bacaan di bawah walaupun ada antaranya sudah bertahun tersusun rapi di rak tanpa ditelaah, menunggu masa untuk mereput dan seterusnya menurut law of conservation of energy, akan berubah bentuk mejadi tenaga haba apabila dibakar atau sekurang-kurangnya menjadi potential energy apabila berakhir di dalam perut tikus.

Semoga Tuhan memberi saya kekuatan hendaknya, inshallah.



No comments:

Post a Comment