20 Fakta WTF Yang Perlu Anda Tahu

wtf
1. 83% lelaki yang mati kerana serangan sakit jantung ketika berjimak didapati sedang curang dengan isteri masing-masing

2. 372 orang menggoogle pornografi pada setiap saat

3. Google menjana keuntungan kira-kira $700 sesaat


4. Di Samoa, ianya merupakan satu jenayah apabila terlupa hari lahir isteri anda sendiri

5. Carian kedua paling popular pada laman Yahoo ialah "Google"

10 Kereta Polis Paling Gempak Dari Seluruh Dunia

kereta-polis-paling-gempak
Pernah terfikir apa yang terjadi kepada wang yang anda gunakan untuk membayar saman kepada pihak polis? 

Ah, tidak, saya tidak katakan wang tersebut digunakan untuk membeli kereta-kereta mewah, walaupun kadang-kala ianya munasabah juga. 




Bayangkan kereta kancil yang sudah dipakai 10 tahun yang kadang-kadang tersemput-semput di jalan raya diguna untuk mengejar Lamborghini yang memandu melebihi had laju. Sangat tidak munasabah. Di bawah dipaparkan 10 kereta polis paling gempak dan seksi dari seluruh dunia, yang diharapkan polis yang memandunya juga seorang yang gempak dan seksi (ah, saya maksudkan polis wanita). Cekdemout!

Cerita Seram Terpendek Pernah Ditulis



"The last man on Earth sat alone in a room. There was a knock on the door."

-Frederic Brown



Amacam? Seram? Haha.



sumber


Suasana Di Dalam Ibu Pejabat Facebook (17 Gambar)

facebook-menlo-park-california
Dengan pelancaran Facebook IPO (initial public offering) pada 18 Mei lepas, laman sosial yang diilhamkan Mark Zuckerberg pada lapan tahun lalu di sebuah dorm di Harvard itu dijangkakan bernilai $100 billion, menjadikannya lebih bernilai berbanding Disney, Ford dan Kraft Food. 




Namun berita semalam melaporkan terdapat penurunan pada harga saham Facebook yang menyusutkan nilai Facebook kepada $80 billion. Walaubagaimanapun, Facebook yang mempunyai 900 juta pengguna, bilangan yang lebih ramai berbanding jumlah penduduk bumi pada 200 tahun lepas, masih merupakan laman sosial gergasi yang mungkin mampu mengadik-adikkan Google. 

Jadi bagaimanakah rasanya untuk bekerja di syarikat ini, dengan perasaan anda berurusan dengan 900 juta klien seluruh dunia? Di sini dipaparkan suasana di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California yang baru dibuka Januari lepas. Cekidout!

6 Panduan Menjawab Soalan Temuduga

Anda akan menjalani temuduga dalam masa terdekat? 

Rasa panik dan cemas kerana tidak tahu apakah soalan yang akan ditanya oleh penemuduga? 






Usah risau kerana kebanyakan soalan yang akan ditanya sebenarnya sudah dirangka dan boleh dijangka seperti soalan-soalan kitar semula SPM, melainkan soalan tersebut berbentuk pengetahuan am di mana ia mungkin memerlukan pembacaan yang meluas selain Harian Metro dan Mastika daripada anda.

Video Motivasi Yang Akan Membuatkan Anda Ingin Bergusti Dengan Beruang

i-am-a-champion
Who Am I? I'm A Champion!

Walau bagaimana hebat dan bersemangat pun kita, kadang-kadang akan datang satu masa kita akan merasa sangat down dan tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan hidup. 





Di situlah masanya, tidak kiralah siapa pun anda, walau bagi anda motivasi itu perkara sissy, anda akan tetap perlukan juga motivasi seperti ini untuk meneruskan hidup dengan penuh semangat. Mengejar impian tanpa berputus asa itu adalah romantik lelaki. Yeah!

Berborak Politik Dengan SimSimi

simsimi
SimSimi ni adalah satu application chatting untuk iPhone dan Android. 

Tapi untuk pc ada juga, cuba tengok sini







Saya ingatkan SimSimi ni untuk kanak-kanak ribena sahaja, rupanya orang dewasa hingga orang tua ganyut juga boleh pakai rupanya. Jadi jika anda bosan dan tiada teman nak berborak, atau foreveralone senang cerita (macam saya, haha) jadi bolehlah guna aplikasi ni, sekurang-kurangnya hilang juga rasa bosan dengan jawapan SimSimi yang lawak giler tu. Tapi saya rasa SimSimi ni penyokong pakatan la, cuba tengok. Haha.

Rekaan Stesyen Minyak Yang Futuristik (6 Gambar)

stesyen-minyak-futuristik
Terletak di Slovakia, service area stesyen minyak ini dibina daripada struktur konkrit bertetulang yang menampilkan tiga tiang yang berbentuk seperti corong, menyokong tiga rekaan bumbung berbentuk seperti cakera. 





Pencahayaannya pula dibina pada permukaan tiang dan bumbung menggunakan konsep overhead lighting. Rekaan stesyen minyak ini memang sangat stail dan futuristik. Ini mungkin menggambarkan rekaan stesyen minyak pada masa hadapan tetapi yang menjadi persoalan adakah minyak masih lagi digunakan pada masa itu. Hmm..

Wanita Benggali Mendukung Penjajah British Pada Bahagian Belakangnya

Gambar ini diambil pada tahun 1903 di West Bengal, India. 

Saudagar British tersebut menggunakan wanita Benggali tersebut sebagai pengangkutan dan menunggangnya pada bahagian belakang badan wanita tersebut. 




Sick! Colonialism is sick. Tapi untuk menyedapkan hati anda boleh beranggapan wanita Benggali itu mungkin membawa pulang lelaki British tersebut yang dibeli di pasar untuk dijadikan orang gaji ataupun untuk dimakan.

#99 percenters carrying the top 1% since 1903. The 1%: asshole in any time line.

Seni Orang Halimunan (9 Gambar)

orang-halimunan
Masa saya sekolah rendah dulu ada satu cerita orang puteh dekat TV3 bertajuk The Invisible Man yang akan saya layan setiap khamis malam. 








Sambil-sambil layan cerita tersebut saya mengketedarah mee goreng yang dibeli di kedai makan dekat simpang masuk kampung oleh wan dan atuk saya yang baru pulang dari masjid. Cerita terebut memang osem, membuatkan saya ingin menjadi halimunan kadang-kadang. 

Mungkin mendapat inspirasi untuk skodeng gadis-gadis ataupun untuk merancang taktik pembunuhan yang osem, sekumpulan artis telah mengecat badan mereka untuk menyamakan dengan keadaan persekitaran supaya kelihatan halimunan sebagai satu projek seni. 

Kotak Susu Bertukar Warna Apabila Hampir Tarikh Luput

kotak-susu-tukar-warna
Idea ini mungkin ditujukan bagi pengguna yang terlalu malas untuk melihat tarikh luput pada bungkusan makanan dan membelinya sebelum melihatnya berkulat pada keesokan hari.






Kotak susu ini direka supaya bertukar warnanya menjadi seakan-akan keju pada bahagian luar kotak dengan sendiri apabila menghampiri tarikh luput, menggambarkan susu basi yang akhirnya bertukar menjadi keju. Tapi harap-harapnya pengguna tidak beranggapan susu yang sudah expired itu merupakan keju yang sihat untuk dimakan.

Gambar Foto Termahal Di Dunia - RM13.4 Juta

gambar-foto-termahal-di-dunia
Anda teka berapa harga gambar foto ini, yang kadang-kadang nampak macam diambil dari kamera telefon bimbit dan di-photoshopped sikit-sikit. Yup, berdasarkan tajuk, RM13.4 juta atau bersamaan 4.3 US fucking million dollars.

Saya tak faham betul seni-seni orang kaya ni. Mungkin kerana saya hanyalah salah seorang daripada golongan 99%.


Artikel berkaitan:

10 Jenama Yang Menguasai Pasaran Dunia (Illusion of Choice?)

jenama-kuasai-pasaran-dunia
klik untuk tumbesaran

Gambarajah di atas menunjukkan antara majoriti produk-produk kecil yang hakikatnya dimiliki oleh beberapa syarikat korporat gergasi. 

Walaupun ianya lebih kepada US-centric, namun majoriti produk-produk tersebut boleh didapati di Malaysia dan negara-negara lain. Anda mungkin masih mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana produk berdasarkan kegemaran anda, namun haruslah diingat wang yang anda belanjakan itu akhirnya akan pulang kepada 10 korporat gergasi tersebut, dan ini masih belum lagi menunjukkan realiti sebenar dunia konsumerisme hari ini (hell, Kraft pernah dimiliki Phillip Morris, pengeluar tembakau terbesar di Amerika).

Hasil Seni Di Stesen Keretapi Bawah Tanah Stockholm Yang Menakjubkan (25 Gambar)

stesyen-keretapi-bawah-tanah-stockholm
Dengan mencapai 110km panjang, stesen keretapi bawah tanah Stockholm, Sweden dinobatkan sebagai galeri terpanjang di dunia. 








Hampir kesemua stesen tersebut iaitu lebih 90 daripada 100 stesen telah didekorasi dengan ukiran, mozek, lukisan, graffiti, arca dan bermacam lagi hasil seni oleh 150 artis. Memang sangat styleoawesome!.


Saya berharap mungkin stesen-stesen komuter di Malaysia boleh mendapat inspirasi dan idea yang lebih bernas berbanding memasang bendera parti politik yang sangat-sangat lame, sekurang-kurangnya penumpang dapat menghiburkan diri dan meredakan sedikit kemarahan apabila menunggu komuter yang tidak kunjung tiba. 

Pemimpin UMNO Mengamuk Dan Isytihar Keluar Parti


pemimpin-umno-mengamuk-keluar-parti
Amboi, ini mengamuk sebab pasir ke sebab iPad ni? 

Saya takdela menyokong mana-mana parti tapi tengok video ni udah ghope drama swasta ye idak, yob? Dengan background music sudah macam Optimus Prime bertumbuk dengan Megatron pun ada lagaknya. Seronok juga kadang-kadang. 



Tapi betul juga apa dia cakap. Takde hulur-hulur memang tak dapat projek yob!


"masuk youtube, masuk youtube!"

Kisah Percintaan Menyayat Hati - Hidup Bersama Mayat Kekasih Selama 7 Tahun

carl-tanzler
Kebanyakan manusia normal apabila kehilangan seseorang yang dicintai selalunya akan mencari pengganti lain. 








Mungkin berikrar untuk hidup keseorangan sehingga akhir hayat semata untuk menunjukkan kesetiaan atau mati  secara tiba-tiba akibat strok di sisi mayat isteri yang meninggal akibat barah di atas katil hospital yang walaupun kedengaran tidak logik namun harus terjadi kerana perlu mengikut skrip (ok, ini hanya terjadi di dalam drama Tentang Dhia). Namun tidak bagi Carl Tanzler.

10 Rekaan Business Card Yang Kreatif

business-card-kreatif
Business card merupakan kad yang tertulis nama seseorang dan perniagaan ataupun jawatan yang disandangnya. 

Biasanya tertulis di atasnya maklumat seperti tajuk, alamat, nombor telefon, email mahupun logo sesebuah syarikat tersebut. 




Business card amat berguna untuk mempromosikan diri anda kepada orang lain terutamanya jika anda bertemukan douchebag yang tidak berminat mengingati nama anda tetapi anda berniat untuk menjalankan perniagaan MLM bersama beliau supaya satu hari nanti anda mampu mengaut habis wang beliau dan melesapkan diri. Di bawah merupakan contoh 10 rekaan business card yang agak kreatif. 

Cekdemout!

Sejenak Bersama Wan

kucing-comel
Petang itu saya ke dapur, menghampiri wan saya yang menyelongkar barang-barang keperluan harian yang baru dibeli atuk di pasar malam di atas meja makan. 

Ada macam-macam. 





Sambil menyelongkar wan saya menerangkan satu-satu barang-barang tersebut seperti seorang salesman lagaknya.

Projek Mega Awesome: Bandar Di Pinggiran Tasik Buatan Manusia

projek-mega-thailand
Ini projek memang sangat super ohsem jika berjaya dilaksanakan. Superbowl Project, yang direka Supermachine Studio, merupakan satu cadangan projek mega yang menempatkan satu bandar mampan (sustainable city) di dalam lingkungannya sendiri. 





Bertempat di negara jiran kita, oh, bukan Singapore tetapi di Nakornsawan, Thailand, idea projek ini adalah untuk membina water city di perkarangan takungan air yang super gergasi berdasarkan faktor bandar tersebut yang dialiri dua sungai iaitu Sungai Ping dan Nan.

Kenny Dalglish Meninggalkan Liverpool FC

kenny-dalglish-tinggalkan-liverpool
Semalam Liverpool FC telah mengumumkan keputusan pemilik kelab tersebut, Fenway Sports Group untuk menamatkan kontrak Kenny Dalglish sebagai pengurus setelah beberapa hari spekulasi melibatkan masa hadapan beliau terutamanya dengan pencapaian Liverpool yang tidak menentu di dalam liga. 




Kenny Dalglish yang kali kedua mengendali Liverpool dalam kariernya sejak Januari 2011 berjaya menggondol piala Carling Cup dan layak ke perlawanan akhir Piala FA Cup.
 

Kelebihan Surah al-Mulk


al-quran
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:










"Ada surah dari al-Quran yang terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa'at bagi 'temannya' (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, iaitu: Surah Tabarokallazi bi yadihil mulk."

(HR. Abu Dawud dengan redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadith ini disahihkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzi dan Albani menghasankannya)

Screensaver Komputer Yang Stail - Dropclock

dropclock-screensaver
Dropclock merupakan screensaver yang berunsurkan jam digital yang sangat awesome dan estetik. 









Setiap minit mengikut jam pada komputer anda akan diekspresikan dalam bentuk font Helvetica yang jatuh ke dalam air dalam gerak yang sangat perlahan, menghasilkan satu screensaver yang menawan dengan unsur ala-ala filem matrix (jika Neo menembak typography dari pistol beliau instead of bullet, dan aksi itu dirakamkan dalam air pada waktu malam dengan typography itu perlahan-lahan jatuh ke dalam air, ok, anda faham maksud saya).

Lagu Osem Harus Dikongsi Bersama: I Will Follow You Into the Dark-Death Cab For Cutie

follow-into-the-dark
"If there's no one beside you

When your soul embarks
Then I'll follow you into the dark"







10 Contoh Penyampaian Iklan Outdoor Yang Awesome

iklan-kreatif
Untuk menarik minat orang ramai supaya membeli sesuatu produk mahupun untuk tujuan menyampaikan mesej awam, pereka iklan haruslah memikirkan idea yang baru dan ekstravaganza yang mampu membuatkan orang ramai terkesima memerhati. 





Ini adalah antara 10 contoh penyampaian iklan outdoor yang osem. Cekidout.

Handphone Termahal Di Dunia-RM25 Juta

handphone-termahal-dunia
Anda merupakan dalam golongon 1% yang bertuah mempunyai terlampau banyak wang lebih dari common sense

Anda bermandikan wang setiap hari seperti Scrooge McDuck? Mungkin handphone ini sesuai untuk anda.




Dengan berharga kira-kira RM25 juta (5 juta pound sterling), iPhone 4S Diamond Rose boleh dikira sebagai handphone termahal di dunia setakat ini, sebelum mungkin datang seorang billionaire gila yang inginkan sebuah handphone yang disaluti dengan batu-batu dari bulan.

Liverpool FC Timeline (1892-2012)

liverpool-fc-timeline
Dengan memenangi 18 kali title liga, 7 kali FA Cups, 8 kali piala liga, 5 kali juara Eropah, 3 kali UEFA Cups dan 3 kali UEFA Super Cups, Liverpool FC boleh dikira sebagai kelab paling berjaya dalam liga Inggeris. 






Ayuh kita singkap timeline sejak penubuhan Liverpool FC sehingga sekarang yok! Apa, ingat Mark Zuckerberg punya Facebook sahaja ada timeline. YNWA!

Hiasan Dalaman Starbucks Di Jepun Yang Menarik (8 Gambar)

Bagi sebuah cawangan Starbucks di Jepun yang terletak di Fukuoka ini, lokasinya adalah agak unik kerana ia terletak berhampiran Dazaifu Temangu, salah satu kuil terbesar di Jepun yang menarik kira-kira 2 juta pengunjung setahun. Starbucks telah bekerjasama dengan arkitek Kengo Kuma & Associates untuk menghasilkan satu reka bentuk dalaman yang harmoni dan mampu berintegrasi dengan persekitaran pekan tersebut, dengan menggunakan sistem unik melekatkan kayu-kayu nipis untuk dijadikan hiasan dalaman. Projek tersebut menggunakan 2000 batang kayu berukuran 1.3m-4m panjang dan keseluruhan panjang kayu tersebut mencapai sehingga 4.4 km.

Jika Filem Ghost Rider Diterbitkan Pada Tahun 1880

Komik Ghost Rider mula diterbitkan pada tahun 1972, sebelum difilemkan Hollywood pada tahun 2007 dan sekuelnya iaitu Ghost Rider: Spirit of Vengeance pada awal tahun ini. Namun apa yang akan terjadi jika filem tersebut diterbitkan pada tahun 1880 misalannya?




Jersi Baru Liverpool FC Musim 2012-2013 (7 Gambar)

Jersi-Baru-Liverpool-FC-2012-2013
Yang dinanti telah tiba! Pagi tadi bersamaan 12 tengah malam waktu UK Liverpool FC telah mengumumkan secara rasminya jersi baru mereka bersama jenama baru iaitu Warrior yang akan menggantikan Adidas, setelah banyak rumours bertebaran di laman internet sejak beberapa bulan yang lepas. Mungkin untuk mengembalikan zaman kegemilangan era 70-an dan 80-an, jersi baru ini kelihatan lebih retro dan simple, terutamanya logo yang telah ditukar baru. Logo yang baru ini sebenarnya telah digunakan dari tahun 1976-1987 iaitu pada era kegemilangan Liverpool mendominasi bola sepak eropah dengan memenangi empat kali juara eropah, setelah memenanginya buat kali pertama pada tahun 1977 menentang kelab Borussia Monchengladbach. 

Antara ciri-ciri lain jersi baru tersebut ialah lambang Hillsborough Flames yang diletakkan pada bahagian kolar sebelah belakang, dan nombor 96 yang menandakan bilangan korban penyokong Liverpool pada tragedi Hillsborough merupakan pertama kali diletakkan pada jersi.

Bercakap mengenai jersi baru tersebut, Steven Gerrard berkata, "ianya retro, selesa, sedap mata memandang dan warna kuning telah kembali semula, di mana sudah pasti ianya merupakan warna semulajadi Liverbird."

Menurut Pepe Reina pula, "ideanya ialah untuk kembali ke masa lalu, masa kegemilangan Liverpool dan ianya merupakan satu kesoronokan bagi saya untuk memakai warna yang sama seperti Clemence dan Grobbelaar." Selain itu beliau berkata warna hijau merupakan warna yang ideal untuk penjaga gol kerana ia meningkatkan kebolehan mereka untuk menyamar persekitaran padang rumput, dibantu pula dengan bentuk fizikal kepala beliau yang seperti bola itu sendiri, mampu meningkatkan peratusan beliau untuk menanduk pemain lawan pada bahagian solar plexus tanpa disedari pengadil. Bijak.

Rata-rata peminat berpuas hati dengan jersi baru tersebut, dengan menyatakan kepuasan ia mampu dibawa ke pejabat dan juga kuliah, selain berkemungkinan harganya yang lebih rendah berbanding jersi Adidas yang terdahulu (kira-kira RM240 tak silap). Pendapat saya? Ianya retro dan menarik, tapi nampak macam baju outing budak SBP kadang-kadang. 

jersi-baru-liverpool-warrior-gerrard
jersi-baru-liverpool-warrior-reina

Google Telah Meramal Kematian Saya?

Tadi masa saya nak check email saya dikejutkan dengan satu berita yang boleh bikin jantung saya gugur serta-merta juga sebenarnya.


Klik untuk tumbesaran 

Hampeh punya google. Apa, dah nak jadi tuhan ke apa sekarang. Haha.






Top 10 Pemandangan Bandar Tercantik Dunia

Bangunan dan menara pencakar langit selain berfungsi sebagai pusat ekonomi sesebuah syarikat dan negara, ianya juga berfungsi sebagai tanda aras kemajuan ekonomi sesebuah negara tersebut, dari pandangan luar sekurang-kurangnya. Dengan pembinaan pesat bangunan pencakar langit terutamanya di kalangan negara membangun untuk menunjukkan who have the biggset dicks (lihat bentuk bangunan-bangunan tersebut yang seakan-akan melambangkan, well, hmm... anda tahulah), ianya telah membentuk satu landskap yang moden dan urban bagi sesebuah bandaraya tersebut, di mana ia menggabungkan kepakaran seni bina dan kejuruteraan manusia, selain pekerja-pekerja binaan yang mampu merealisasikannya dalam bentuk fizikal. Mari lihat who have the biggest dicks, ataupun lebih tepat, the most beautiful dicks.

Penyanyi Punk Rock Menukar Jantina Menjadi Seorang Wanita

Tom Gabel, penyanyi utama band punk rock Against Me! bercadang untuk menukar gender menjadi seorang wanita. Penyanyi berusia 31 tahun itu yang ketika ditemubual Rolling Stones memberitahu semasa kanak-kanak beliau sering rasa terasing dengan tubuhnya sendiri dan berada dalam keadaan gender dysphoria. Beliau merancang untuk mengambil hormon dan bercadang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

"I was a teenage transgender"

Nama baru beliau akan ditukar kepada Laura Jane Grace. Menurut beliau lagi, beliau tidak tertarik kepada lelaki dan masih bercadang untuk mengekalkan perkahwinannya bersama isteri beliau, Heather yang bersama-sama mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Evelyn. Beliau hanya memberitahu hasratnya untuk menjalani operasi menukar jantina kepada ahli keluarga dan rakan-rakan karib sebelum mengumumkannya kepada awam. Beliau mengambil keputusan untuk meluahkan hasratnya itu kepada Rolling Stone kerana beliau merupakan major rock star yang pertama yang akan menjalani penukaran jantina.

Saya sebagai seorang peminat yang tidaklah berapa tegar sangat, cuma melayan certain2 lagu mungkin selepas ini akan melihat lagu 'Baby, I'm An Anarchist' sebagai 'Baby, I'm A Transgender'? Dan mungkin Against Me! tidak mempunyai peluang yang beberapa cerah untuk membuat persembahan live di Malaysia selepas ini.

"He runs like a girl" - Youtube commenter

Seorang Lelaki Menukar Nama Kepada Tyrannosaurus Rex

Jika anda seorang usahawan muda yang memerlukan perhatian yang lebih untuk menjual produk anda, apakah yang anda akan lakukan? Oh, bukan, maksud saya selain menghantar email spam kepada rakan-rakan facebook dan mengatakan anda mempunyai seorang rakan dari Nigeria yang memerlukan bantuan, maksud saya sesuatu yang manusia waras akan lakukan?

Ya, dengan menukar nama anda kepada seekor jenis dinosaur.

Seorang usahawan, Tyler Gold, 23 dari Amerika telah meminta mahkamah untuk menukar namanya kepada 'Tyrannosaurus Rex',  dengan alasan sebagai seorang usahawan, beliau memerlukan nama yang mudah dikenali, selain menganggap nama baru beliau itu lebih cool. Ya, mungkin nama itu cool memandangkan jika anda seorang usahawan yang tidak teragak-agak untuk menggigit leher pelanggan sehingga putus sekiranya mereka menolak untuk membeli produk ubat kuat anda. Apa-apa pun dalam perniagaan, impression management itu penting.

Nama baru beliau ialah Tyrannosaurus Rex Joseph Gold.

"Excuse me sir, I'm trying to sell some products here."


I Hate Text Messaging

Jika hanya tujuh peratus maklumat mampu disampaikan melalui komunikasi secara lisan sahaja, maka berapa peratus agaknya yang mampu disampaikan melalui text messaging? Lima, empat, tiga peratus? Ditolak pula dengan faktor intonasi, turun naik suara yang mampu memberi gambaran emosi yang tidak dapat digambarkan melalui text messaging, yang kadang-kadang jika tidak ditulis dengan betul, si penerima mesej berkemungkinan akan tersalah anggap mesej yang diterima.

I don't know why, but I hate text messaging. 

Penunggang Motosikal Yang Melebihi Had Laju Sambil Menujukkan Jari Tengah Kepada Polis

Seorang penunggang motosikal dari Jerman yang berkali-kali menunggang melebihi had laju menunjukkan tahap badass beliau dengan mempamerkan jari tengah kepada kamera penguatkuasaan trafik. Pihak polis di Munich telah menyiasat penunggang tersebut sejak dari pertengahan Mac lalu apabila kamera had laju menangkap beliau yang menunggang motosikal 125cc memecut pada dua kali hadlaju yang ditetapkan iaitu 37mph. Penunggang yang sama telah dikenalpasti melakukan kesalahan yang sama sebanyak 26 kali sambil menjukkan isyarat lucah, namun pihak polis gagal mendapatkan bukti pengenalan beliau kerana nombor plat motosikal tersebut telah ditanggalkan terlebih dahulu.

Pencarian selama sebulan oleh pihak polis akhirnya berjaya menangkap penunggang tersebut dan telah dikenalpasti berusia 17 tahun. Remaja tersebut yang mengaku melakukan kesalahan tersebut telah didenda sebanyak $5460 dan lesen beliau telah digantung selama lebih daripada 700 hari, selain motosikal beliau turut disita. 

Dengan jumlah denda yang agak ridiculous dikenakan terhadap beliau, mungkin menunjukkan jari tengah itu sendiri juga merupakan satu jenayah.

"FFUUUU!"

Anda Tidak Dibenarkan Membawa Komputer Riba Di Kafe Ini

Online di restoran mamak sudah menjadi kebiasaan bagi golongan muda masa kini, terutamanya yang bergelar student. Samada mereka meng-online untuk menyiapkan assignment ataupun membuka facebook atau twitter mahupun mendownload porno, ianya sudah semacam menjadi satu kebiasaan bagi golongan muda untuk datang secara beramai-ramai dengan membawa komputer riba masing-masing sambil membalas komen di facebook atau twitter bersaman rakan-rakan yang hakikatnya, berada di sebelah atau hadapan meja mereka sahaja.

Namun sebuah kafe di North Carolina, Amerika, mencuba sesuatu yang revolusioner dengan meminta pelanggan untuk tidak membawa komputer riba mereka pada hujung minggu dan sebaliknya berbual di antara satu sama lain. Pemilik Actual Cafe memberi alasan bahawa apabila beliau membuka kafe tersebut, beliau ingin mewujudkan satu komuniti tetapi sebaliknya ianya menjadi satu tempat yang penuh dengan komputer riba. Dan mereka-mereka yang ingin mendownload porno dalam suasana aman dan tenang sambil berfantasikan pelayan dan pelanggan yang seksi. [citation needed]

Walau apa pun alasannya, ianya merupakan cara yang lebih sopan dan bijak untuk memberitahu pelanggan yang hanya membelanja RM5 untuk secawan kopi tetapi menghabiskan masa sehari suntuk di satu meja yang sebaliknya boleh digunakan untuk pelanggan lain.

"Excuse me, sir. You've spent the last five hours on this table only with a two bucks worth of coffee. So if you have no other intention, I would kindly and with all politeness like to- hey, is that Maria Ozawa?"