Anda Tidak Dibenarkan Membawa Komputer Riba Di Kafe Ini

Online di restoran mamak sudah menjadi kebiasaan bagi golongan muda masa kini, terutamanya yang bergelar student. Samada mereka meng-online untuk menyiapkan assignment ataupun membuka facebook atau twitter mahupun mendownload porno, ianya sudah semacam menjadi satu kebiasaan bagi golongan muda untuk datang secara beramai-ramai dengan membawa komputer riba masing-masing sambil membalas komen di facebook atau twitter bersaman rakan-rakan yang hakikatnya, berada di sebelah atau hadapan meja mereka sahaja.

Namun sebuah kafe di North Carolina, Amerika, mencuba sesuatu yang revolusioner dengan meminta pelanggan untuk tidak membawa komputer riba mereka pada hujung minggu dan sebaliknya berbual di antara satu sama lain. Pemilik Actual Cafe memberi alasan bahawa apabila beliau membuka kafe tersebut, beliau ingin mewujudkan satu komuniti tetapi sebaliknya ianya menjadi satu tempat yang penuh dengan komputer riba. Dan mereka-mereka yang ingin mendownload porno dalam suasana aman dan tenang sambil berfantasikan pelayan dan pelanggan yang seksi. [citation needed]

Walau apa pun alasannya, ianya merupakan cara yang lebih sopan dan bijak untuk memberitahu pelanggan yang hanya membelanja RM5 untuk secawan kopi tetapi menghabiskan masa sehari suntuk di satu meja yang sebaliknya boleh digunakan untuk pelanggan lain.

"Excuse me, sir. You've spent the last five hours on this table only with a two bucks worth of coffee. So if you have no other intention, I would kindly and with all politeness like to- hey, is that Maria Ozawa?"



No comments:

Post a Comment