Kenny Dalglish Meninggalkan Liverpool FC

kenny-dalglish-tinggalkan-liverpool
Semalam Liverpool FC telah mengumumkan keputusan pemilik kelab tersebut, Fenway Sports Group untuk menamatkan kontrak Kenny Dalglish sebagai pengurus setelah beberapa hari spekulasi melibatkan masa hadapan beliau terutamanya dengan pencapaian Liverpool yang tidak menentu di dalam liga. 




Kenny Dalglish yang kali kedua mengendali Liverpool dalam kariernya sejak Januari 2011 berjaya menggondol piala Carling Cup dan layak ke perlawanan akhir Piala FA Cup.
 
Namun pencapaian liga pada tempat kelapan, yang dikira paling teruk sejak tahun 1950-an dan di bawah musuh ketat Everton, selain beberapa pemain yang dibeli Dalglish tidak menyinar seperti Henderson dan Downing telah menyebabkan pemilik kelab berfikir ianya merupakan masa yang terbaik untuk berubah.

Ah, mendengar berita ini malam tadi memang membuat hati saya gundah gulana juga hendaknya. Namun itulah hakikatnya, semua orang harus mengakui mungkin ini keputusan yang terbaik melihatkan prestasi Liverpool yang tidak menentu di dalam liga dan juga perangai John Henry itu sudah diketahui semua, terutamanya dengan Boston Red Sox. 

Apa-apa pun, terima kasih King Kenny Dalglish, anda tetap akan menjadi antara legenda terhebat Liverpool untuk selamanya. Amboi, cakap macam dia sudah tiada pula. YNWA!
kenny-dalglish-liverpool

No comments:

Post a Comment