Projek Mega Awesome: Bandar Di Pinggiran Tasik Buatan Manusia

projek-mega-thailand
Ini projek memang sangat super ohsem jika berjaya dilaksanakan. Superbowl Project, yang direka Supermachine Studio, merupakan satu cadangan projek mega yang menempatkan satu bandar mampan (sustainable city) di dalam lingkungannya sendiri. 





Bertempat di negara jiran kita, oh, bukan Singapore tetapi di Nakornsawan, Thailand, idea projek ini adalah untuk membina water city di perkarangan takungan air yang super gergasi berdasarkan faktor bandar tersebut yang dialiri dua sungai iaitu Sungai Ping dan Nan.

Matlamat projek ini adalah untuk membina satu tempat takungan air gergasi untuk mengawal banjir di bandar tersebut yang berlaku setiap tahun namun pada 2011 air banjir telah memecahkan tambak perlindungan dan menenggelamkan bandar tersebut sedalam kira-kira lebih satu meter. 

Selain itu projek ini turut bermatlamat untuk membina satu bandar yang boleh didiami penduduk di perkarangan takungan air tersebut yang mampu menjadi kediaman baru di bandar tersebut, atau lebih ekstrem lagi, untuk menjadi sebuah bandar baru dengan sendirinya.
water-city-thailand
Keseluruhan cadangan projek ini adalah untuk membina lingkungan bukit sepanjang 20km di antara dua sungai di timur bandar Nakornsawan. 

Bukit setinggi 150 meter itu akan membentuk satu takungan air gergasi berkemampuan menampung 1500 juta meter padu air (kira-kira 15% daripada empangan Bhumipol). Bahagian luarannya pula sebanyak 40% akan diliputi dengan hutan daripada pelbagai spesis dan akan dihuni oleh manusia di beberapa tempat tertentu tanpa merosakkan hutan tersebut. 

Projek ini yang berkeluasan kira-kira 28.3 juta meter persegi akan merangkumi pelbagai program pembangunan seperti perumahan, sekolah, panggung wayang, market, bangunan kerajaan dan mampu didiami kira-kira setengah juta penduduk.
superbowl-project-thailand
Merupakan projek bandar mampan (sustainable city) yang akan dijana oleh turbin angin, air, hydro-generator, bio-gas dan dye-synthesized solar cell yang dipasang di dalamnya. Sistem penanaman hidroponik juga akan diimplimentasi pada keseluruhan permukaan bangunan tersebut. 

Penggunaan kereta pula akan dikurangkan, di mana penduduk hanya dibenarkan untuk berkereta ke bandar-bandar lain. Tiga tahap pengangkutan awam akan menghubungkan penduduk di bandar ini melalui tiga stesen pertukaran di setiap pinggir bandar. 

Pada bahagian atasnya pula, iaitu pada paras air, pengangkutan disediakan dengan menggunakan bot. Kemudahan awam seperti taman atau stadium akan dibina terapung di atas permukaan air, termasuklah lapangan terbang.

Kedengaran seperti projek mega yang super osem bukan? Tapi ianya juga kedengaran seperti agak mustahil kadang-kadang untuk membina satu utopia yang sebesar begini. Bak kata pepatah, arkitek hanya merancang, tetapi engineer dan kontraktor yang tercirit ingin membinanya. Gila-lah!
superbowl-project-thailand
thailand-projek

water-city-project
Sumber dari Supermachine Studio's Blog

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment