Sejenak Bersama Wan

kucing-comel
Petang itu saya ke dapur, menghampiri wan saya yang menyelongkar barang-barang keperluan harian yang baru dibeli atuk di pasar malam di atas meja makan. 

Ada macam-macam. 





Sambil menyelongkar wan saya menerangkan satu-satu barang-barang tersebut seperti seorang salesman lagaknya.
"ni ayam goreng.", ujar beliau sambil membuka plastik merah yang berisi ayam goreng.

"ni mee goreng", sambung beliau sambil membuka bekas polistrin yang berisikan, sudah pastilah mee goreng iye dak.

Kemudian beliau diam sejenak. Memerhati sekeliling.

Tak lama kemudian beliau menuding sesuatu yang mengiau-ngiau di atas lantai berhampiran meja makan.


"ni kucing."


***********

No comments:

Post a Comment