Seni Orang Halimunan (9 Gambar)

orang-halimunan
Masa saya sekolah rendah dulu ada satu cerita orang puteh dekat TV3 bertajuk The Invisible Man yang akan saya layan setiap khamis malam. 








Sambil-sambil layan cerita tersebut saya mengketedarah mee goreng yang dibeli di kedai makan dekat simpang masuk kampung oleh wan dan atuk saya yang baru pulang dari masjid. Cerita terebut memang osem, membuatkan saya ingin menjadi halimunan kadang-kadang. 

Mungkin mendapat inspirasi untuk skodeng gadis-gadis ataupun untuk merancang taktik pembunuhan yang osem, sekumpulan artis telah mengecat badan mereka untuk menyamakan dengan keadaan persekitaran supaya kelihatan halimunan sebagai satu projek seni. 

Tidak boleh dibayangkan berapa banyak masa dan usaha yang diambil untuk keseluruhan projek tersebut, yang akhirnya akan dilabel sebagai photoshop sebaik sahaja disebarkan di internet. Tapi ianya memang sangat stail dan kreatif.
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: