Retro:Fesyen Pakaian Apple Yang Dilancarkan Steve Jobs Pada 1986 (10 Gambar)

fesyen-pakaian-apple
Rupa-rupanya Steve Jobs pernah melancarkan fesyen pakaian beliau sendiri yang dimarketkan kepada pengguna Macintosh pada tahun 1986.

Khabarnya ketika itu jenama ini mendapat sambutan yang agak hangat terutamanya dari pengguna Mac.




Tak sangka Steve Jobs yang setiap kali hanya reti pakai sweater hitam, jeans biru dan sneakers putih setiap masa itu juga ada sense of fashion. Mungkin betullah mengikut kata beliau, think different. Haha.

10 Pokok Tercantik dan Terindah Di Dunia

pokok-tercantik-dunia
Pokok bukan sahaja membekalkan oksigen kepada hidupan, malah ianya juga mampu memberikan tempat perlindungan, makanan, sumber haba, produk kegunaan harian dan juga bahan binaan. 






Pokok boleh didapati di mana sahaja, err kecuali di kawasan kutub mungkin dan ianya sebenarnya sangat banyak mempengaruhi kehidupan manusia di sekelilingnya.

35 Gambar Kucing Comel Yang Lucu dan Menggelikan Hati

kucing-comel
Ada yang gemar membela kucing dan ada juga yang gemarkan anjing.

Perbalahan antara cat person dan dog person ini yang entah sejak dari bila wujudnya, kadang-kadang mewujudkan debat yang tak masuk akal terutamanya di bahagian komen video-video Youtube.



Tapi yang beragama islam pastilah akan memilih kucing, kecuali bagi mereka yang tak suka kucing mungkin akan mencari alternatif haiwan lain seperti arnab, ikan, hamster, burung, mentibang, mentadak mentadu, penguin albino, siamang gagap dan sebagainya.

25 Rekaan Bangunan Pencakar Langit Yang Mencabar Imaginasi

bangunan-pencakar-langit-menakjubkan
Pada bulan Mac yang lalu eVolo Magazine telah mengumumkan nama pemenang bagi 2012 Skyscraper Competition yang dianjurkan oleh website itu sendiri.







Pertandingan tahunan yang telah dianjurkan sejak 2006 itu mengiktiraf idea-idea baru bagi rekaan bangunan pencakar langit yang menerapkan ciri-ciri penggunaan teknologi moden, bahan binaan, nilai-nilai astetik dan pembahagian ruang, beserta dengan kajian mengenai globalisasi, fleksibiliti, penyesuaian dan revolusi digital.

10 Tempat Paling Unik Seluruh Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terpegun!

tempat-paling-unik-dunia
Dunia ini penuh dengan tempat-tempat yang unik dan menakjubkan untuk dilawati dan dengan kemajuan teknologi, tempat-tempat yang terpencil tapi mengagumkan seumpama ini dapat dijumpai. 






Melihat keindahan alam yang mempersonakan ini akan membuatkan hati mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam, walaupun hanya sekadar dapat melihat dari skrin komputer, itu pun jadilah. Senarai ini memperlihatkan 10 tempat paling unik dan menakjubkan dari seluruh dunia, yang tidak mengikut turutan. 

Cekdemout and be amazed!

Seorang Lelaki China Mati Selepas Berjaga 11 Malam Demi Euro

euro-2012-logoPeminat bola sepak China mati selepas berjaga 11 malam tanpa tidur menonton perlawanan EURO 2012. Jiang Xiaoshan mati akibat keletihan pada 19 Jun lalu selepas dilaporkan berjaga setiap malam untuk menonton EURO bersama rakan-rakannya.




Selepas menonton Itali menewaskan Republic Ireland, penyokong pasukan England dan Perancis yang berusia 26 tahun itu pulang ke rumahnya di Changsha pada 5 pagi, mandi dan lalu tertidur. Dia tidak bangun-bangun lagi selepas itu.

33 Gambar Sukan Paling Lucu Tahap Pecah Perut!

Acara sukan kebiasaannya mengundang perhatian media yang luas, tidak kira apa sahaja jenis sukan, bahkan sukan pelik seperti curling sekalipun akan menarik ramai permerhati.






Apabila mendapat liputan yang meluas, apa sahaja yang dilakukan ahli sukan ini pastilah akan direkod setiap detik tidak kira masa dan perlakuan, sehingga gambar ketika makan pisang juga akan tersebar meluas di internet dan dijadikan bahan lucu.

Jadi di sini ditampilkan 33 gambar sukan paling lucu tahap pecah perut yang ditangkap pada masa yang perfect. Cekdemout!

21 Kegagalan Photoshop Paling Fail!

photoshop-fail
Photohop merupakan antara software paling awesome untuk mengedit gambar.

Jika anda mempunyai kemahiran dan skill yang mencukupi, anda boleh mengubah dan memanipulasi apa sahaja gambar.





Ingin kelihatan kurus, kulit lebih cerah, jerawat dan jeragat dihilangkan, menunggang ikan jerung putih sambil bergusti dengan beruang hitam? Semuanya boleh.

Tapi masalahnya bila designer yang tak tahulah, mungkin tengah mengantuk, tengah mabuk todi atau mungkin tengah layan hidu gam barang sepam dua, sampai hasil photoshop yang dihasilkan menjadi seakan-akan ianya dihasilkan dengan Microsoft Paint. Anda faham maksud saya kan?

China Akan Membina Bangunan Tertinggi Di Dunia Dalam Masa Hanya... 90 Hari?

bangunan-tertinggi-dunia-china
Sejak terbinanya bangunan pencakar pencakar langit pertama di dunia, The Home Insurance Building di Chicago pada 1885, negara di seluruh dunia berlumba untuk memperlihatkan who has the biggest dick, no, I mean, buildings.





Namun setakat ini masih belum ada negara yang mampu menandingi Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 828 meter dan mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.

Here comes the Chinese. Sebuah syarikat pembinaan dari China, BSB (Broad Sustainable Building) mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut dengan membina bangunan berketinggian 838 meter dalam masa hanya 90 hari.

10 Design Website Gelap Yang Menarik

design-website-gelap
Pilihan warna untuk website atau blog merupakan satu perkara yang amat penting.

Warna gelap walaupun pada kebiasaannya tidak sesuai untuk semua tema website atau blog, namun dengan adjustment yang betul ianya mampu menampilkan design yang unik dan menarik.



Warna gelap pada website kebiasaannya sesuai untuk tema portfolio, galeri gambar dan laman yang berasaskan design. Secara personalnya saya meminati website warna gelap namun terpaksa mengubah design warna pada blog ini untuk meningkatkan readability dan mengurangkan kesan eye strain.

Di sini ditampilkan 10 design website tema gelap yang menarik untuk dijadikan inspirasi. Cekdemout!

Sejadah Bercahaya Apabila Dihalakan Ke Arah Kiblat

sejadah-bercahaya
Jika dulu gempar dengan fenomena sejadah berdiri, sekarang sudah ada sejadah bercahaya apabila dihalakan ke arah kiblat pula.








Cuma bezanya mungkin sejadah ini tidak mendapat liputan meluas daripada tabloid Malaysia seperti Harian Metro, Kosmo dan Mastika kerana ianya terjadi bukanlah disebabkan kejadian mistik ataupun prank orang-orang kampung tetapi dari teknologi ciptaan manusia.

Restoran Atas Pokok Yang Stail Di Jepun (6 Gambar)

restoran-atas-pokok-di-jepun
Super damn awesome tahap bazoonga! Restoran ini nampak macam baru lepas diterbangkan puting beliung dan accidentaly tersangkut atas pokok.

Restoran di Jepun yang diberi nama Naha Harbor Diner ini sebenarnya bukanlah terletak di atas pokok betul, tetapi merupakan struktur konkrit yang dibina menyerupai pokok.


Restoran pan-Asian yang terletak di Okinawa ini menyajikan makanan tempatan yang dtanam secara organik segar dari ladang.

Duda 60 Tahun Diperdaya Gadis Sunti 16 Tahun

duda-diperdaya-gadis-sunti
Seorang duda berusia 60 tahun nekad untuk membuat laporan polis terhadap gadis berusia 16 tahun yang didakwanya telah memperdaya dan menipunya dengan berjanji untuk mengahwininya melalui SMS.






Mohd Adnan Hamid yang telah membujang selama 29 tahun dari Kampung Rendah, Rembau, Negeri Sembilan memberitahu dia jatuh hati dengan gadis yang dikenali sebagai Fidah di sebuah kedai makan dan berasa simpati terhadapnya kerana perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan sekolah.

Pemandangan Mempersona dan Menakjubkan Dari Bumi Kashmir (20 Gambar)

lembah-kashmir
'The (Kashmir) valley is an emerald set in pearls; a land of lakes, clear streams, green turf, magnificent trees and mighty mountains where the air is cool, and the water sweet, where men are strong, and women vie with the soil in fruitfulness."
- Sir Walter Lawrence (Sejarawan British Abad Ke-19)



Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan.

Rumah Termahal Di Dunia - RM3.16 Billion (7 Gambar)

antilia-rumah-termahal-dunia
Projek pembangunan mega biasanya menelan perbelanjaan ratusan juta, kadang-kadang mencapai billion ringgit, Menara Warisan contohnya yang mendapat tentangan daripada banyak pihak menelan belanja RM5 billion.





Tapi bagaimana pula jika sebuah rumah, ya, sebuah rumah peribadi yang dianggarkan bernilai RM3.16 billion?

Hasil Seni Kereta BMW Klasik Yang Cool (20 Gambar)

hasil-seni-bmw
Kalau tak mampu beli kereta yang asli, gantung gambarnya di rumah mungkin sudah memadai.

Galeri seni Lumas dengan kerjasama Bavarian Motor Works (BMW) telah menghasilkan satu projek seni menampilkan kereta-kereta klasik yang awesome keluaran BMW, sebagai satu tribute kepada sejarah penubuhan BMW.


Hasil seni tersebut memaparkan 10 jenis kereta, antaranya BMW Isetta, BMW M1, BMW Mille Miglia Coupe dan lain-lain lagi yang antaranya mungkin tak pernah dilihat, lebih-lebih lagi bagi saya yang masih noob kereta. 

Rumah Teletubbies Underground Milik Gary Neville (6 Gambar)

rumah-teletubbies-gary-neville
Gary Neville peminat hardcore senyap-senyap Teletubbies?










Rumah bawah tanah ala-ala Teletubbies yang direka oleh Make Architects dengan kerjasama Bolton Council, Commission for Architecture and the Built Environment (CABE) dan Gary Neville (pemain kelab Manchester United) sebagai klien ini merupakan rumah pertama yang bersifat zero carbon emission di North West England. 

Parti Haluan Kiri Sweden Menggesa Lelaki Untuk Kencing Duduk

mangkuk-tandas
Membuang air kecil sambil duduk itu sunat.

Pekerja lelaki yang bekerja di Majlis Daerah Sormland di Sweden digesa untuk membuang air kecil sambil duduk apabila membuang air di tandas pejabat, mengikut usul yang dikemukakan oleh parti berhaluan kiri Sweden. 




Cara Tidur Hanya 2 Jam Sehari Tanpa Rasa Letih Dan Mengantuk

kurang-tidur
Manusia normal memerlukan 8 jam tidur sehari. Tapi bagi mereka yang betul-betul sibuk sehingga tak tidur malam seperti student yang menyiapkan projek dan assignment, pekerja yang menyiapkan tugasan pejabat atau paling obvious sekarang, berjaga untuk Euro sehingga pukul 5 pagi, bagaimana caranya untuk tidur dalam masa yang pendek tanpa rasa letih dan mengantuk?


Caranya adalah dengan mengaplikasikan Uberman's sleep schedule.

Fotografi Bawah Air Yang Sangat Epik (8 Gambar)

Sarah Lee merupakan seorang jurugambar bawah air yang mengambil gambar dasar lautan seperti hidupan marin, peluncur air, perenang dan ikan duyung yang seksi (harap-harapnya).







Baru berusia 21 tahun, antara projek terbaru beliau ialah mengambil gambar dan video untuk Allison's Adventure, satu blog tentang pelakon, model dan peluncur bernama Allison Teal, yang, saya tak pernah dengar namanya dan tak pernah kisah pun untuk ambil tahu.

Ayuh lihat gambar-gambar yang menakjubkan ini. Saya menanti-nantikan gambar ikan duyung tapi hampa.

10 Tandas Terpelik Yang Akan Memberi Nikmat Ketika Membuang Air

tandas-kreatif
Pernah buang air guna tandas yang pelik tapi memberi nikmat?

Membuang air terutamanya air besar merupakan satu nikmat, lebih-lebih lagi jika tengah memulas sakit perut. Tapi tandas kotor dan berbau pasti sahaja akan menghilangkan nikmat indah itu.



Mungkin atas kesedaran itu, pereka-pereka tandas (wujud ke pereka tandas?) yang kreatif dan mungkin mempunyai terlalu banyak masa lapang telah menghasilkan rekaan tandas yang unik dan kreatif, yang pastinya akan menimbulkan kenikmatan ketika membuang air.

Luncur Air Tertinggi Di Dunia - Setinggi 41 Meter!

the-insano
Anda gayat dengan tempat tinggi? Mungkin ini tempat paling sesuai untuk anda.

Luncur air "The Insano" yang terletak di Fortaleza, Brazil ini sudah berusia 20 tahun namun ia tetap memegang rekod sebagai luncur air tertinggi di dunia. Mungkin tiada negara yang cukup insane untuk menghasilkan luncur air yang mengerikan sebegini.


Hotel Dalam Air Di Dubai Yang Menyerupai UFO (12 Gambar)

hotel-dalam-air-dubai
Satu lagi projek futuristik dan mega awesome dari Dubai. Jika projek-projek sebegini, mana lagi yang anda akan expect untuk lihat jika tidak di Dubai.

Hotel dalam air di Dubai yang mirip kapal angkasa yang datang ingin menakluk bumi ini direka oleh Deep Ocean Technology.



Diberi nama sebagai Water Discuss Underwater Hotel, projek ini direka sebagai sebuah hotel yang menggabungkan ciri-ciri moden dan akuatik sebagai alternatif kepada hotel-hotel sedia ada yang membosankan. Juga mungkin sebagai tempat penginapan untuk makhluk asing yang bakal berkunjung.

Sekitar Majlis Perasmian Euro 2012 Di Poland (10 Gambar)

euro-2012
Perlawanan Euro 2012 telah dibuka tirai pada malam semalam dengan majlis perasmian gilang-gemilang sebelum disusuli dengan perlawanan antara Poland dan Greece yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. 

Perlawanan kedua pula menyaksikan Russia membelasah Republik Czech 4-1. 


Perasmian ini diserikan dengan tarian oleh lebih 800 penari sukarelawan dari 63 negara yang bertempat di Stadium Nasional Warsaw, Poland. Ah. 

Lukisan Lantai 3D Yang Memukau Mata (10 Gambar)

lukisan-3d
Joe Hill merupakan seorang pelukis British yang berkemahiran dalam membikin lukisan lantai 3D yang sangat real, ianya membuatkan anda terasa ianya benar-benar wujud. 







Joe Hill sebelum ini pernah menghasilkan lukisan lantai 3D yang terbesar dan terpanjang di dunia di Canary Wharf di London pada November tahun lepas yang mengambil masa selama 7 hari untuk disiapkan.

10 Kereta Termahal Di Dunia

kereta-termahal-dunia
Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.




Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya.
 

Rumah Lutsinar Di Jepun (16 Gambar)

rumah-lutsinar-jepun
Fungsi dinding bagi sesuatu bangunan selain daripada menyediakan perlindungan adalah untuk memberi privasi kepada penghuni. 

Tapi bagaimana pula jika dinding yang dibina bertujuan untuk membuka privasi? Atau dengan kata lain, lutsinar.



Rumah yang terletak di Tokyo, Jepun ini dibina oleh Sou Fujimoto Architects, berkeluasan 914 kaki persegi. Mendapat inspirasi dari manusia zaman dahulu kala yang tinggal di atas pokok, tanpa privasi dan terdedah kepada cahaya matahari pada setiap hari. Mungkin yang berbezanya penghuni rumah tersebut tidak memakai cawat, well at least ada sedikit privasi di situ.


Terfikir bagaimana mereka ingin berjimak.

Penjara Paling Nikmat Di Dunia (14 Gambar)

penjara-halden-norway
Penjara Halden di Norway ini dikatakan sebagai penjara termoden di Eropah (bermaksud mungkin yang termoden di dunia). Fasilitinya pula lebih moden dan indah berbanding sesetengah universiti di Malaysia.

Penjara ini menempatkan kira-kira 125 banduan dan menelan belanja kira-kira $230 juta. 


Antara mereka ada yang disabitkan kesalahan membunuh, merogol, mengedar dadah dan lain-lain jenayah. Tapi tidak seperti penjara di negara-negara lain yang menghukum penjenayah, penjara ini bertujuan untuk mengajar mereka menjadi manusia yang lebih baik. 


Di penjara ini bilik disediakan untuk banduan yang dilengkapi dengan bilik air, peti sejuk dan tv flat screen. Tingkapnya pula tidak dipasang dengan jeriji besi. Di persekitaran penjara yang berkeluasan 75 ekar ini pula, pokok-pokok ditanam untuk mengurangkan perasaan dikurung pada banduan dan disediakan laluan untuk berjogging. 

Gadget Yang Digoreng Dijadikan Hasil Seni (8 Gambar)

ipad-goreng
Siapa berani campakkan iPad dalam kuali dan goreng sampai masak semata-mata nak menunjukkan hasil seni anda di dalam internet yang kemudiannya akan dicopy-paste ke dalam beribu-ribu blog orang lain?

Henry Hargreaves orangnya. 




Henry Hargreaves merupakan seorang artis yang mempunyai koleksi foto di dalam website beliau di mana beliau menggoreng gadjet eletronik semata-mata untuk menghasilkan hasil seni yang osem. Anda boleh cekidout hasil beliau yang lain di sini, tetapi berhati-hati sedikit kerana hasil kerja beliau ada yang NSFW.

Mengangkat Barang Dapur Cara Lelaki Sejati

Manly way! There's no second trip. Haha.


(sumber dari Reddit)

10 Perpustakaan Paling Menakjubkan Dari Seluruh Dunia

perpustakaan-paling-cantik
Bagi sesetengah orang, perpustakaan mungkin merupakan tempat yang membosankan, penuh dengan buku-buku yang akan membuatkan kita mengantuk lima minit selepas kita menjejak kaki ke perpustakaan. 






Bagi student seperti saya pula perpustakaan kebiasaannya hanya akan dikunjungi menjelang exam atau untuk mencari buku untuk dibuat research (terutamanya setelah diberitahu pensyarah bahawa wikipedia bukan sumber yang dibenarkan), atau obviously, tempat masyuk untuk tidur.

Walaupun dengan kemajuan internet sekarang, perpustakaan tetap merupakan tempat simpanan khazanah sesuatu negara yang amat bernilai kerana di situlah terkumpulnya karya-karya dan idea pemikir terhebat yang pernah wujud di muka bumi. 

Di sini dipaparkan 10 perpustakaan paling menakjubkan dari seluruh dunia, kebanyakannya dari benua eropah dan amerika. Cekdemout!

Burung Yang Mampu Terbang Lebih Laju Dari Keretapi Peluru

burung-terpantas-dunia
Kelajuan normal bagi sebuah keretapi peluru (bullet train) adalah kira-kira 241 hingga 300 kilometer sejam. Pernah terfikir sejenis burung yang mampu terbang lebih laju daripada keretapi peluru? 






Bayangkan jika anda sedang menaiki keretapi peluru, di Jepun misalannya (di Malaysia jika naik keretapi KTMB, kereta kancil pun lebih laju), tiba-tiba keretapi anda dipotong oleh seekor burung dari jauh. Osem bukan?

Jersi Baru Liverpool Away Musim 2012/2013 (7 Gambar)

liverpool-away-kit
Jika sebulan lepas Liverpool FC telah mengeluarkan jersi baru home mereka, maka pagi ini bersamaan 12 tengah malam waktu UK, Liverpool telah dengan secara rasminya melancarkan jersi away mereka pula. 





Berwarna hitam dengan warna kelabu pada bahagian kolar, jersi ini nampak smart juga. Tapi mungkin lebih style dan osem jika warna kelabu pada bahagian kolar itu dibuang dan menjadikannya all black, seperti gambar rumours yang telah tersebar di internet sebelum ini. 

Video Inspirasi Untuk Hari Ini: Look Me In The Eyes

become-legendary
Ok. Sebelum ini saya pernah kongsi video inspirasi I Am A Champion. Hari ini saya nak kongsi satu lagi video isnpirasi yang osem, video commercial dari Michael Jordan punya brand, Become Legendary. 

Semoga anda mendapat inspirasi dan motivasi untuk menjadikan anda semakin osem hari ke hari, atau dengan kata lain, BECOME LEGENDARY! Yeah.


Minyak Wangi Termahal Di Dunia

minyak-wangi-termahal-dunia
Ah. Dunia ini memang penuh dengan barang-barang mewah yang terkadang harganya tidak masuk akal juga. 

Sebelum ini saya pernah tulis tentang handphone dan gambar foto termahal di dunia, maka hari ini saya ingin paparkan tentang minyak wangi termahal di dunia pula. 



Nanti mungkin cukuplah senarai barang termahal yang menunjukkan orang-orang kaya ini tiada apa hendak dibuat dengan duit yang melimpah ruah selain membakarnya sebagai tembakau.

10 Contoh Resume Kreatif Dan Osem

resume-kreatif
Jika sebelum ini saya pernah cover tajuk 6 Panduan Menjawab Soalan Temuduga, maka hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk yang tidak kurang pentingnya dalam bertemu duga, iaitu contoh resume






Saya bukanlah seorang pakar tapi dengan apa yang saya dapat bolehlah dikongsi sedikit sebanyak (kot?). Untuk mendapatkan peluang pekerjaan anda harus bersaing dengan ribuan potential candidates yang lain terutamanya ribuan fresh graduates yang keluar setiap tahun, nak-nak pula jika ingin bekerja di syarikat yang besar-besar, Google contohnya mengambil seramai 7000 pekerja pada tahun 2011 daripada 2 juta resume yang diterima. Ada ke rakyat Malaysia yang bekerja di Google?

Bagaimana Rasanya Mengorbit Mengelilingi Bumi Dari Angkasa Lepas?

Jika ada alien yang ingin menyerang bumi, mungkin ini pemandangan yang mereka saksikan sebelum melancarkan perang.

Video ini diambil dari ISS (International Space Station) ketika ianya mengorbit mengelilingi bumi pada waktu malam. 



Perjalanan tersebut bermula dari Lautan Pasifik dan terus ke Amerika Utara dan Selatan sebelum memasuki kawasan siang berhampiran Antartika. Antara bandar, negara dan landmarks yang kelihatan (mengikut urutan) ialah Vancouver Island, Victoria, Vancouver, Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, Phoenix, Texas, New Mexico, Mexico City, Teluk Mexico, Semenanjung Yucatan, El Salvador, kilat di Lautan Pasifik, Guatemala, Panama, Colombia, Ecuador, Peru, Chile, Tasik Titicaca dan Amazon.

Contoh Iklan Yang Sangat Cool Dan Kreatif (14 Gambar)

iklan-cool-dan-kreatif
Iklan yang sangat kreatif dan wadefuq ini dihasilkan oleh laman web pencari kerja dari Jerman, jobsintown.









Dengan menggunakan slogan "life is too short for the wrong job", iklan ini memaparkan pekerja manusia yang menggerakkan mesin kegunaan harian seperti surirumah yang bekerja keras membasuh baju di dalam mesin basuh, pekerja bank yang menguruskan transaksi di dalam mesin ATM dan sebagainya.