Bagaimana Rasanya Mengorbit Mengelilingi Bumi Dari Angkasa Lepas?

Jika ada alien yang ingin menyerang bumi, mungkin ini pemandangan yang mereka saksikan sebelum melancarkan perang.

Video ini diambil dari ISS (International Space Station) ketika ianya mengorbit mengelilingi bumi pada waktu malam. 



Perjalanan tersebut bermula dari Lautan Pasifik dan terus ke Amerika Utara dan Selatan sebelum memasuki kawasan siang berhampiran Antartika. Antara bandar, negara dan landmarks yang kelihatan (mengikut urutan) ialah Vancouver Island, Victoria, Vancouver, Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, Phoenix, Texas, New Mexico, Mexico City, Teluk Mexico, Semenanjung Yucatan, El Salvador, kilat di Lautan Pasifik, Guatemala, Panama, Colombia, Ecuador, Peru, Chile, Tasik Titicaca dan Amazon.

Ok. Mereka tak sampai ke Malaysia yang masa tu mungkin tengah siang, kalau tak mungkin boleh skodeng rumah masing-masing dari angkasa lepas.

No comments:

Post a Comment