China Akan Membina Bangunan Tertinggi Di Dunia Dalam Masa Hanya... 90 Hari?

bangunan-tertinggi-dunia-china
Sejak terbinanya bangunan pencakar pencakar langit pertama di dunia, The Home Insurance Building di Chicago pada 1885, negara di seluruh dunia berlumba untuk memperlihatkan who has the biggest dick, no, I mean, buildings.





Namun setakat ini masih belum ada negara yang mampu menandingi Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 828 meter dan mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.

Here comes the Chinese. Sebuah syarikat pembinaan dari China, BSB (Broad Sustainable Building) mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut dengan membina bangunan berketinggian 838 meter dalam masa hanya 90 hari.

sky-city
Sky City, bangunan yang akan dibina di Changsa, China ini akan dibina dengan menggunakan teknik prefab sepenuhnya. Bagi yang tidak tahu, prefab secara senang ceritanya merupakan kaedah pembinaan bangunan menggunakan komponen pasang siap. Ala, konsep dia macam main Lego juga. Komponen struktur dan elemen bangunan seperti tiang, lantai, dinding dan sebagainya akan disiapkan di kilang dahulu sebelum dibawa ke tapak dan dipasang terus.

Pembinaannya akan bermula pada November 2012 dan dijangka siap pada Januari 2013. Jika siap, bangunan yang menelan kos sebanyak 628 juta US Dollar dan berketinggian 220 tingkat ini akan mengambil alih Burj Khalifa sebagai bangunan tertinggi di dunia.
Sebelum ini BSB sudah mengukuhkan nama mereka dalam kaedah pembinaan bangunan yang mampu dibina dengan pantas melalui pembinaan hotel 30 tingkat yang siap dalam masa 15 hari pada Disember tahun lalu (tonton video di atas).

Walaupun ada pendapat yang mengatakan BSB tidak akan mampu untuk menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, namun mereka yakin bahawa walaupun mereka mempunyai nama ala-ala Backstreet Boys, bangunan yang mampu didiami sehingga seramai 100,000 orang ini akan mampu mencapai matlamat yang ditetapkan.
bangunan tertinggi di dunia di china
Persoalannya adalah bangunan yang dibina sepantas ini akan berdiri sebagai satu struktur yang stabil dan tidak akan mengalami apa-apa masalah setelah siap dibina. Berbaloikah?

Mungkin salah satu motif BSB ingin membina bangunan tertinggi di dunia dalam masa yang sepantas ini adalah untuk merevolusikan pembinaan bangunan supaya masa pembinaan dapat dipendekkan atau untuk kick Burj Khalifa in the ass dalam ketinggian bangunan dan juga kepantasan ianya disiapkan. Double hit!

Atau mungkin juga untuk mendapat title bangunan tertinggi di dunia lebih lama sedikit sebelum Kingdom Tower yang berketinggian lebih 1 Kilometer siap dibina di Jeddah, Arab Saudi, yang masih dalam fasa perancangan dan dijangka siap dalam tahun 2018. Gila, gila.


Sumber dari CNNGo dan Inhabitat

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: