Duda 60 Tahun Diperdaya Gadis Sunti 16 Tahun

duda-diperdaya-gadis-sunti
Seorang duda berusia 60 tahun nekad untuk membuat laporan polis terhadap gadis berusia 16 tahun yang didakwanya telah memperdaya dan menipunya dengan berjanji untuk mengahwininya melalui SMS.






Mohd Adnan Hamid yang telah membujang selama 29 tahun dari Kampung Rendah, Rembau, Negeri Sembilan memberitahu dia jatuh hati dengan gadis yang dikenali sebagai Fidah di sebuah kedai makan dan berasa simpati terhadapnya kerana perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan sekolah.

Mulai Februari lalu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis itu dan gadis itu memberikan maklum balas yang baik dengan berjanji untuk mengahwininya melalui pesanan SMS.

Mohd Adnan mendakwa dia berhabis sehingga RM6000 untuk gadis tersebut termasuk set katil berharga RM1700, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi.

Tambahnya lagi yang baru sedar ditipu pada 14 Jun lalu apabila mengetahui gadis tersebut mempunyai hubungan dengan lelaki lain mendakwa bahawa jika gadis tersebut tidak memberikan janji-janji manis untuk mengahwininya, sudah pasti dia hanya akan memberi bantuan sekadar yang perlu dan berpatutan sahaja.

Oleh itu, Mohd Adnan nekad untuk membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan gadis tersebut. Jika gadis tersebut gagal berbuat demikian, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu.

Katanya, dia kecewa bukan sahaja ditipu, malah dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, lapor Sinar Harian.

Haiya, ini macam punya cerita pun ada, sudahlah dekat Rembau. Haha. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, sebab cerita pasal sebelah gadis punya tak keluar, jadi nanti mungkin tak adil. Tapi saya rasa dua-dua pun salah, yang si atok ni pun realistiklah sikit, takkan lah budak 16 tahun nak kahwin dengan suami 60 tahun.

Tapi iyelah, kalau budak tu dah bagi kata setuju, takkan nak tolak ye tak. Si budak Fidah ni pun satu, kesianlah dan bertimbang rasalah sikit dengan atok tu, dah macam-macam dia bagi, janganlah buat aniaya. Adoyai, macam-macam hal. Sobar yo lah tok oi, haha.
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: