Hotel Dalam Air Di Dubai Yang Menyerupai UFO (12 Gambar)

hotel-dalam-air-dubai
Satu lagi projek futuristik dan mega awesome dari Dubai. Jika projek-projek sebegini, mana lagi yang anda akan expect untuk lihat jika tidak di Dubai.

Hotel dalam air di Dubai yang mirip kapal angkasa yang datang ingin menakluk bumi ini direka oleh Deep Ocean Technology.



Diberi nama sebagai Water Discuss Underwater Hotel, projek ini direka sebagai sebuah hotel yang menggabungkan ciri-ciri moden dan akuatik sebagai alternatif kepada hotel-hotel sedia ada yang membosankan. Juga mungkin sebagai tempat penginapan untuk makhluk asing yang bakal berkunjung.

hotel-dalam-air-dubai
water-discuss-underwater-hotel
Hotel ini dibina dengan beberapa struktur berbentuk cakera di bawah dan juga di atas air. Menara pusat hotel tersebut dibina kira-kira 5-7 meter dari paras air dan bersambung dengan dek bawah air berkedalaman 10 meter. Dek bawah air tersebut pula berkeupayaan untuk bergerak dan timbul di atas air sekiranya berlaku kecemasan.

Ciri-ciri lain antaranya disediakan 21 bilik suite pada dek bawah air yang menampilkan visual menarik dari kehidupan marin di bawah laut. Selain itu pad helikopter, taman bumbung, kolam renang di atas air, restoran, spa, pusat rekreasi dan pusat penyelidikan untuk menculik dan mengkaji manusia sebelum melancarkan serangan ke atas bumi juga disediakan untuk pengunjung (yang akhir itu saya hanya bergurau).

Bagaimana, awesome bukan projek ini? Lihat gambar-gambar yang disediakan untuk meneliti lebih lanjut bagaimana rasanya untuk tinggal di hotel mewah di bawah air. Cekdemout!
deep-ocean-technology
hotel_dalam_air_dubai_4
hotel-bawah-laut
hotel_dalam_air_dubai_6
hotel-moden
hotel_dalam_air_dubai_8
hotel_dalam_air_dubai_9
hotel_dalam_air_dubai_10
hotel-dubai
hotel_dalam_air_dubai_12

Sumber dari archdaily

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment:

  1. Wow...! Ilham yang indah ini dari Allah... ;-)

    ReplyDelete