Minyak Wangi Termahal Di Dunia

minyak-wangi-termahal-dunia
Ah. Dunia ini memang penuh dengan barang-barang mewah yang terkadang harganya tidak masuk akal juga. 

Sebelum ini saya pernah tulis tentang handphone dan gambar foto termahal di dunia, maka hari ini saya ingin paparkan tentang minyak wangi termahal di dunia pula. 



Nanti mungkin cukuplah senarai barang termahal yang menunjukkan orang-orang kaya ini tiada apa hendak dibuat dengan duit yang melimpah ruah selain membakarnya sebagai tembakau.

Clive Christian's Imperial Majesty Perfume yang 'cuma' berharga kira-kira RM400,00 ($125,000) sebotol ini hanya dikeluarkan sebanyak 20 botol, sepuluh untuk wanita dan sepuluh lagi untuk lelaki.

Minyak wangi ini mengandungi bau yang unik campuran jasmine, buah pelaga, cardamom, lemon, bergamot dan benzoin tetapi apa yang menjadikannya super mega kebaboom punya mahal bukanlah terletak pada wangiannya tetapi botol yang dihiasi dengan berlian.
minyak-wangi-termahal-di-dunia
Botol yang diperbuat daripada kristal Baccarat tersebut dilengkapi dengan kolar emas 18 karat dan ditatahkan dengan berlian putih yang harganya sahaja sudah mencapai harga keseluruhan minyak wangi tersebut.

Jadi secara praktikalnya harga minyak wangi tersebut sebenarnya adalah percuma! Huh, harga minyak atar mungkin lebih mahal. Secara kesimpulannya jika minyak wangi tersebut dikeluarkan dan disumbatkan ke dalam botol air mineral pula, maka harganya akan menyamai harga botol air mineral tersebut. 

No comments:

Post a Comment