Rumah Teletubbies Underground Milik Gary Neville (6 Gambar)

rumah-teletubbies-gary-neville
Gary Neville peminat hardcore senyap-senyap Teletubbies?










Rumah bawah tanah ala-ala Teletubbies yang direka oleh Make Architects dengan kerjasama Bolton Council, Commission for Architecture and the Built Environment (CABE) dan Gary Neville (pemain kelab Manchester United) sebagai klien ini merupakan rumah pertama yang bersifat zero carbon emission di North West England. 

Digelar sebagai 'rumah masa depan', projek yang diberi nama Bolton Eco House yang mempunyai satu tingkat bawah tanah ini dibina di lereng bukit, mempunyai empat bilik tidur, pam haba bersumberkan tanah, turbin angin dan panel photovoltaic untuk menjana tenaga boleh diperbaharui di rumah tersebut.

Selain itu untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon bersesuaian dengan tema kemampanan yang diterapkan, bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah ini diambil dari sumber tempatan.

Tinky Winky!
bahagian-dalam-rumah-gary-neville
ruang-tamu-rumah-gary-neville
pandangan-luar-rumah-gary-neville
kawasan-persekitaran-rumah-gary-neville
waktu-malam-di-rumah-gary-neville

Sumber dari My Modern Met

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment