Rumah Termahal Di Dunia - RM3.16 Billion (7 Gambar)

antilia-rumah-termahal-dunia
Projek pembangunan mega biasanya menelan perbelanjaan ratusan juta, kadang-kadang mencapai billion ringgit, Menara Warisan contohnya yang mendapat tentangan daripada banyak pihak menelan belanja RM5 billion.





Tapi bagaimana pula jika sebuah rumah, ya, sebuah rumah peribadi yang dianggarkan bernilai RM3.16 billion?

Antilia, rumah kepunyaan Mukesh Ambani, manusia terkaya di India dan keempat terkaya di dunia ini dinobat sebagai rumah terkaya di dunia. Dibina di Mumbai, rumah milik pengerusi Reliance Industries ini berkeluasan 400,000 kaki persegi, mempunyai tiga pad helikopter, kawasan parking setinggi 6 tingkat yang mampu memuatkan sebanyak 160 buah kereta dan mempunyai 600 orang pekerja di dalamnya.

Selain itu rumah yang direka oleh arkitek Perkins & Will dari Amerika ini juga mempunyai ciri yang sangat unik di mana tiada dua pelan lantai yang sama dan bahan binaan yang digunakan pada setiap tingkat adalah sangat berbeza.
rumah-termahal-di-dunia-antilia
Walaupun bangunan ini setinggi 27 tingkat, namun ketinggian lantainya mencapai hingga dua ke tiga kali lantai biasa, menjadikannya berketinggian 570 kaki - bersamaan dengan bangunan setinggi 40 tingkat.

Rumah ini didiami oleh Ambani, isteri beliau Anita, tiga orang anak mereka dan ibu kepada Ambani. Apa yang menjadikan rumah ini sangat insanely expensive bukanlah pada kos pembinaannya tetapi harga hartanah di Mumbai, atau lebih spesifik lagi di Altamont Road, yang merupakan antara hartanah termahal di dunia.

Namun terdapat juga kritik yang mengatakan pembinaan rumah ini adalah sangat tidak sesuai dibina di tempat di mana jutaan manusia di sekelilingnya hidup dalam kesusahan.
rumah-termahal-di-dunia
bahagian-dalam-antilia
pandangan-luar-antilia
rumah-termahal-di-dunia-india
pandangan-luar-antilia
mukesh-ambani

Artikel berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments:

  1. dgr crite rumah nie da tade org skrg..
    the owner kluar rumah sbb org semua kat situ tak suke.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.ada jugak dengar cerita tu.ye lah,macam tak sesuai pulak nak bina rumah mahal2 dekat tempat macam tu.haha

      Delete
  2. Replies
    1. biasalah sistem kapitalis.yg kaya makin kaya,yg miskin makin melarat.

      Delete