Sejadah Bercahaya Apabila Dihalakan Ke Arah Kiblat

sejadah-bercahaya
Jika dulu gempar dengan fenomena sejadah berdiri, sekarang sudah ada sejadah bercahaya apabila dihalakan ke arah kiblat pula.








Cuma bezanya mungkin sejadah ini tidak mendapat liputan meluas daripada tabloid Malaysia seperti Harian Metro, Kosmo dan Mastika kerana ianya terjadi bukanlah disebabkan kejadian mistik ataupun prank orang-orang kampung tetapi dari teknologi ciptaan manusia.

Sejadah unik inovasi SOPDS (Soner Ozenc Product Design Studio) ini yang diberi nama EL Sajjadah akan bercahaya apabila dihalakan ke arah kiblat. EL bermaksud 'Electro Luminescent' dan ianya sangat nipis dan fleksibel selain boleh digulung dan dibawa ke mana sahaja.

Selain berfungsi sebagai sejadah, ianya juga boleh dijadikan hiasan dengan digantung pada dinding bilik. Teknologi gentian electro luminiscent digunakan yang mampu mengeluarkan cahaya apabila dihalakan ke arah kiblat. Selain itu, sejadah ini boleh beroperasi menggunakan bateri yang boleh dicas semula atau disambungkan kepada bekalan kuasa.
sejadah-bercahaya
SOPDS baru sahaja melancarkan kempen memungut dana melalui laman Kickstarter untuk mengumpul dana sebanyak 100,000 US Dollar sebelum membawanya lebih maju ke hadapan. Jika anda ingin melihat produk ini direalisasikan dan mendapat sambutan meluas, bolehlah menyumbang sedikit dana melalui laman tersebut.

Jika ada orang yang pakai sejadah ini nanti mungkin heboh pula dengan fenomena sejadah bercahaya.
sejadah-bercahaya
sejadah-bercahaya
sejadah-bercahaya
Tonton video untuk ketahui lebih lanjut

Sumber dari Inhabitat

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment