Enjin Jet Pertama Di Dunia Dibina Dari Lego (5 Gambar)

Anda pernah main Lego? Rasanya ramai yang pernah main masa kecik-kecik dulu. Mungkin selalunya kita biasa buat rumah atau apa-apa sahaja yang dirasakan menarik untuk menghabiskan waktu lapang. Tapi bagaimana pula kalau enjin jet yang dibina dengan menggunakan lego? Awesome bukan?

Rolls-Royce menghasilkan enjin jet yang diperbuat daripada Lego yang pertama di dunia di festival Farnborough International Airshow minggu ini di England. Model tersebut merupakan replika bersaiz separuh daripada enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Airliner.

Gangguan Bekalan Elektrik Terbesar Dalam Sejarah Dunia, 600 Juta Terlibat di India

india-blackout
Krisis bekalan tenaga di India menjejaskan lebih separuh daripada populasi negara tersebut apabila kedua-dua grid elektrik di bahagian timur dan utara negara tersebut mengalami kerosakan, menyebabkan 600 juta penduduk terputus bekalan elektrik dalam kejadian terbesar dalam sejarah dunia seumpamanya.




Kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai infrastruktur bekalan elektrik di negara tersebut yang disifatkan ketinggalan zaman dan ketidakupayaan kerajaan untuk memenuhi permintaan bekalan tenaga elektrik yang semakin bertambah di negara yang berhasrat untuk menjadi kuasa besar dalam ekonomi tersebut.

Jepun Memenangi Pingat Perak Gimnastik Selepas Bantahan Kontroversi

jepun-gimnastik-olimpik-2012
Pasukan China dengan agak mudah memenangi pingat emas dalam gimnastik lelaki akhir semalam, tetapi siapa yang memenangi pingat perak diputuskan melalui keputusan yang agak kontroversi.






Apabila nama pemenang mula-mula diumumkan, Britain dengan tidak disangka-sangka berjaya meraih tempat kedua manakala tempat ketiga diikuti oleh Ukraine. Tetapi Jepun, yang hanya berada di tempat keempat, membuat rayuan kepada pihak juri bahawa markah bagi acara kuda berpelana mereka adalah terlalu rendah berbanding yang dijangkakan.

9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal

taj-mahal
Merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal memang cukp indah dari segi binaan dan sejarahnya.

Dibina oleh Maharaja Shah Jehan Mughal untuk isteri ketiganya, iaitu Mumtaz Mahal. Taj Mahal yang lengkap dengan binaan, senibina, seni dan kaligrafi yang menakjubkan itu siap dibina dalam masa 22 tahun.

Diiktiraf sebagai salah satu daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO, Taj Mahal yang menggabungkan pembinaan makam, masjid, taman, gerbang dan mata air menampilkan senibina abad ke-16 yang diinspirasi dari seni Islam.

Selain itu, Taj Mahal juga merupakan contoh terbaik yang menggambarkan ciri-ciri senibina Mughal yang menggabungkan elemen-elemen senibina dari Parsi, Turki, dan juga India.

Seram! Hutan Tempat Lebih 100 Orang Bunuh Diri Setiap Tahun

aokigahara
Aokigahara merupakan sebuah kawasan hutan di kaki gunung Fuji yang juga dikenali sebagai Jukai (Sea of Trees) yang terletak di Jepun.








Sekali pandang, hutan ini sangat tebal dan gelap sehinggakan jika tersesat mungkin tiada kemungkinan untuk dijumpai semula. Tapi bukan itu sahaja yang unik dan seram mengenai hutan ini

Mr Bean, James Bond, Beckham Meriahkan Perasmian Olimpik London 2012 (25 Gambar)

olimpik-london-2012
Temasya sukan Olimpik London 2012 dibuka tirai dengan majlis perasmian yang berlangsung dengan gilang-gemilang pagi tadi waktu Malaysia. Majis yang bertempat di Olympic Stadium di Stratford, Timur London itu  dihadiri lebih 80,000 orang di mana Britain menjadi tuan rumah buat kali ketiga.




Temasya yang disertai 204 negara dan wiayah itu diserikan dengan ribuan peserta yang mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mengasyikkan selama lebih kurang 2 jam dengan bintang popular seperti Rowan Atkinson (Mr Bean), Daniel Craig dan David Beckham turut memeriahkan suasana.

Lagu Tema Kemerdekaan Ke-55 'Janji Ditepati': Facepalm!

janji-ditepati
Bila dah reda pasal rungutan dan kemarahan orang ramai pasal logo kemerdekaan tahun ini yang sangat fail dan bikin facepalm, yang terang-terang buat pakai Microsoft Word, timbul pula satu lagi hal yang bakal buat rakyat Malaysia facepalm sekali lagi: lagu tema kemerdekaan.




Lirik yang ditulis oleh Rais Yatim (serius!) ini anda boleh lihat sendiri di bawah dan boleh analisis sendiri betapa ianya sangat bermotifkan politik.

10 Buku Paling Banyak Dibaca Di Seluruh Dunia dan Pelik, al-Quran Tiada Dalam Senarai

buku
Mungkin dalam perkembangan dunia internet sekarang semakin kurang orang yang membaca buku, yang membaca surat khabar pun berkurang.

Ramai yang lebih selesa membaca tentang berita dan informasi terkini di website, blog dan media sosial. Mungkin atas sebab itu attention span kita semakin berkurang.


Personally saya lebih suka baca buku. Lebih selesa, tak sakit mata memandang (efek eye strain bila tengok skrin komputer lama sangat) dan perasaan adventurous dan feel dia lebih menangkap. Infografik di bawah memaparkan 10 buku paling banyak dibaca di seluruh dunia tapi pelik ya, al-Quran tiada dalam senarai padahal bible di tempat pertama.

Diktator Korea Utara Bersama Isteri Baru Yang Hot (9 Gambar)

kim-jong-un-dan-isteri
Sehari selepas status perkahwinan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un diumumkan secara rasmi, Korean Central News Agency (KCNA) memaparkan gambar pemimpin agung Korea Utara tersebut melawat taman tema bersama isterinya iaitu Ri Sol Ju di Pyongyang.




Namun penganalisis politik berpendapat lawatan tersebut sengaja dirancang untuk menonjolkan Kim Jong-Un sebagai seorang lelaki yang moden, stabil dan tidak diselubungi misteri. Uh, boleh tahan hot juga isteri beliau.

Lebuh Raya Khas Untuk Basikal Di Denmark

lebu-raya-basikal-denmark
Lebuh raya khas untuk basikal yang bukan sahaja lebih cepat, selamat dan murah, malahan mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kesihatan di Denmark yang rata-rata penduduknya sudah sedia berbasikal ke tempat kerja.





Masa kecil dulu saya selalu naik basikal ke sekolah. Itu pengalaman yang menyeronokkan. Kadang-kadang kalau basikal rosak atau tayar pancit maka akan muncullah alasan untuk tak ke sekolah. Tapi kalau nak berbasikal ke tempat kerja memang jaranglah orang buat, nak-nak pula kalau tempat kerja jauh dari rumah. 

Suit Motorsikal Ala Batman Dari Filem Dark Knight Rises (10 Gambar)

suit-motosikal-batman
Bersempena dengan pelancaran filem The Dark Knight Rises, UD Replicas telah menghasilkan suit motorsikal ala-ala suit yang dipakai oleh Batman dari filem The Dark Knight Rises.







Suit yang digelar 'Batman Movie Replica Leather Motorcycle Suit' ini memaparkan detail-detail dan design sebijik macam yang ditayangkan dalam filem, jadi sambil menunggang motosikal anda bolehlah berlagak macam Batman mengejar penjahat di Gotham City.

Tujuan suit ini direka bukan sahaja bersempena dengan tayangan filem tersebut dan untuk fanboy yang sangat fanatik, tetapi ianya juga direka untuk kegunaan penunggang motorsikal yang sebenar.

20 Kesilapan Autocorrects Paling Lawak Tahap Pecah Perut!

autocorrects-lawak
Autocorrects merupakan satu aplikasi yang terdapat pada iPhone yang akan secara automatiknya membetulkan kesilapan anda jika typo ketika menaip mesej, dan seterusnya mengurangkan kemungkinan anda untuk ditroll oleh rakan-rakan yang sorang-sorang macam grammar nazi.




Tapi ironinya, kadang-kadang correction yang dilakukan oleh autocorrects ini lebih menypokan sebenarnya, sampai apa yang keluar membawa maksud yang berlainan, atau paling teruk membuatkan anda ditroll seumur hidup.

Tukar Tahi Anjing Dengan Wifi Percuma

Tahi, tak kisahlah tahi apa-apa binatang sekalipun, even tahi manusia, pasti bukannya sesuatu yang menyeronokkan kecuali jika anda mencari nafkah melalui tahi. 







Tahi binatang misalannya yang bersepah di tengah jalan bukan sahaja menyemak mata memandang, tapi juga mengganggu konsentrasi untuk berjalan sebab kena elak jika tak teringin terpijak tahi.

Untuk mengelakkan masalah ini, satu kempen dilaksanakan di Mexico di mana orang ramai boleh mendapatkan wifi percuma dengan menukarkannya dengan.. tahi anjing.

30 Objek Menarik Dihasilkan Dari Kertas Yang Akan Membuatkan Anda Terpegun

mario-kertas
Masa kecil-kecil dulu mesti kebanyakan dari kita gemar membuat kapal terbang atau kapal dari kertas, then baling dekat member dengan harapan kapal terbang kertas tersebut meluru masuk dalam lubang hidung mereka.





Atau mungkin yang advanced sikit pandai buat origami bentuk katak, bintang, burung, atau macam-macam lagi yang boleh membuatkan anda kita kelihatan awesome di hadapan rakan sekelas, atau mungkin dibuat modal untuk mengorat gadis-gadis comel di kelas, itupun jika mereka into jenis lelaki berjiwa lembut yang pandai membuat origami dan gubahan bunga.

iBamboo: Speaker iPhone Diperbuat Dari Buluh Tanpa Penggunaan Elektrik

ispeaker-bamboo
Nak mencari speaker iPhone bukannya susah, tapi nak mencari speaker yang unik dan paling penting menjimatkan elektrik, mungkin iBamboo ini pilihan yang sesuai, terutamanya pencinta alam semulajadi di luar sana.






Speaker yang direka oleh Anatoliy Omelchenko dari Triangle Tree ini rekaannya sangat simple, hanya menggunakan potongan buluh dan selitkan sahaja iPhone anda ke dalam lubang yang disediakan. That's it. Bentuk semulajadi yang terdapat pada buluh tersebut menguatkan bunyi dan menghasilkan kesan pseudo-stereo yang tidak memerlukan tenaga elektrik.

NGERI! 100 Orang Rentung Terbakar Cuba Cedok Minyak Tumpah

100-rentung-cedok-minyak-tumpah

Lebih 100 orang yang cuba mencuri minyak petrol yang tumpah daripada lori tangki yang terbalik maut terbakar apabila kenderaan itu disambar api di Nigeria.


Peh. Tak tahulah nak cakap apa. Ini mungkin akibatnya apabila kebodohan dan ketamakan bersatu. Kejadian menyayat hati yang berlaku di Pelabuhan Harcourt di Nigeria ini mengorbankan lebih 100 nyawa, di antaranya wanita dan kanak-kanak yang menjadi mengsa rentung, sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius.

Basikal Moden Keluaran Mazda Yang Stail (8 Gambar)

basikal-mazda
Pergh. Ini basikal ke motorsikal?

Basikal moden yang sangat stail ini direka oleh Karol Mizdak dari Poland sempena design contest 2012 yang dianjurkan oleh Mazda.






Dinamakan X-Bike, ianya menggabungkan fungsi sebagai basikal kegunaan harian dan juga mountain biking, ianya boleh diguna dalam pelbagai jenis lapangan; jalan raya, kawasan berbukit dan sebagainya. Kecuali kalau nak dibawa masuk dalam air tu memang sah-sah tak bolehlah kan. Basikal terbang? Kalau boleh terbang stail juga.

15 Iklan Paling Lawak Tahap Pecah Perut!

Iklan berbentuk cetakan perlu menyampaikan mesej kepada pengguna dengan hanya menyampaikan satu imej tanpa lain-lain interaksi yang dapat dilihat melalui iklan berbentuk video.






Di sinilah peri pentingnya kreativiti si designer untuk menghasilkan iklan yang berkesan dan dapat menarik hati potential customer.

Attention span kebanyakan daripada kita memang semakin berkurang dari hari ke hari, jadi ianya memang tugas yang mencabar bagi mana-mana syarikat untuk memasarkan produk mereka dalam bentuk iklan cetakan.

Kreatif! Hentian Bas Dilengkapi Wifi Percuma.

hentian-bas-wifi-percuma
Selalunya kalau inginkan wifi percuma, restoran mamak, McD, starbucks dan lain-lain tempat menjadi kunjungan.

Tapi yang tak bestnya kalau dah benda percuma ni, mestilah ramai orang, dah tu kena beli sekurang-kurangnya minuman, tak kan nak duduk saja-saja, confirm kena jeling semacam dengan pelayan kedai.


Tapi bagaimana pula kalau hentian bas yang menyediakan wifi percuma?

Amuk Di JPM: Blog Jaya Negara,Imam Mahadi dan Apa Kisah Seterusnya

amuk-di-jpm
Setelah dua hari kejadian amuk di JPM berlalu, peristiwa menggemparkan ini masih lagi menjadi tajuk bualan tidak kira di media massa ataupun kalangan orang ramai.







Mungkin ramai yang dah tahu, lelaki yang mengamuk bersenjatakan pedang samurai tempoh hari, Khalil Afandi Abd Hamid, 47 merupakan seorang pemilik blog yang baru sebulan lebih usianya, iaitu Jaya Negara. Setakat ini blog tersebut tidak boleh lagi diakses tapi nasib baik saya sempat habiskan bacaan blog tersebut yang mempunyai 17 artikel semuanya semalam.

Handphone Facebook Bakal Dikeluarkan? (6 Gambar)

handphone-facebook
Peh. Sekarang Facebook pun nak ada handphone?

Agaknya apa ya fungsi utama Facebook handphone ni. Yang semestinya mestilah ada applikasi facebook iye dak, kalau tak ada buat apa bagi nama macam tu. Rasa-rasanya Twitter ada tak. Heheh.



GEMPAR! Kejadian Amuk Di JPM Gulingkan Kerajaan,Lelaki Ditembak Mati

amuk-di-jpm
Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri gempar apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.






Lelaki berbadan sasa tidak berbaju bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada jam 2.30 tengahari tadi sambil melaungkan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Sebelum Aku Mati...

sebelum-aku-mati
Ajal dan maut datang tak mengira usia. Hari ini mungkin boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar, tapi apa yang datang hari esok kita tak akan tahu. Mungkin ada seseorang yang bergurau senda dengan kita hari ini, mungkin esok dia sudah tiada.

Sebelum aku mati, apa yang aku nak buat.



Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia. Wajib Tengok!

iklan-solat
Hoh. Iklan ni memang serius sangat kreatif. Dan sangat pasti tiada di Malaysia, walaupun majoriti beragama Islam.

Iklan sebegini sepatutnya diletakkan setiap kali commercial break, baru la tergerak hati nak menunaikan solat.




Ini tidak, setiap kali commercial break, panjang meleretnya membawa sampai lebih lima minit, tapi jarang ada iklan yang memberi manfaat. Atau mungkin sebab iklan sebegini tak membawa keuntungan kot. Iklan jom jom jom heboh heboh heboh banyak la. Haha.

Menakjubkan! Cawan Terapung Akibat Bebelan Si Isteri

cawan-terapung
Menakjubkan, ajaib! Kerana kehebatan bebelan si isteri, cawan pun boleh terapung. Dahsyat betul apabila seorang isteri membebel. Jangan main-main.

Ok lah, cawan ini terapung bukan disebabkan bebelan isteri tapi kerana kegeniusan rekaannya. Tapi akibat dari sebab bebelan isteri juga cawan terapung ini tercipta.

Idea untuk menghasilkan cawan terapung ini datang apabila perekanya, Tigere Chiriga, sering dibebel si isteri apabila cawan beliau sering meninggalkan kesan di atas meja seperti gambar di bawah dan pastilah si isteri yang perlu membersihkannya.

Lupakan Minyak Petrol, Kereta Berkuasa Udara Bakal Diperkenalkan

Dengan rizab minyak dunia dijangka hanya mampu bertahan selama 50 tahun (bergantung sama ada kepada penemuan rizab baru atau penambahan konsumpsi negara dunia terutamanya China dan India), alternatif kepada minyak petrol untuk menggerakkan mesin terutamanya kenderaan kian giat dijalankan penyelidikan.



Terbaru, kereta berkuasa udara bakal diperkenalkan.

Koleksi Pinggan Mangkuk Diperbuat Daripada Tayar Kitar Semula

Tayar kereta dikitar semula dijadikan koleksi pinggan mangkuk dengan bentuk yang unik dan menarik oleh pereka dari Belanda.

Tapi adakah ianya selamat dijadikan bekas makanan?





Anda sudah bosan dengan koleksi pinggan mangkuk kaca yang berlambak dalam almari di rumah, yang kebanyakannya anda dapat percuma selepas membeli serbuk pencuci?

Designer dari Belanda, Debbie Wijskamp yang mungkin mempunyai terlalu banyak masa lapang, atau dalam kes ini, terlalu banyak tayar-tayar lama sampai nak dibuat tempat tanaman bunga pun sudah berlebih, telah mereka koleksi pinggan mangkuk daripada tayar lama.

Rekaan Masjid Mampan dan Futuristik Di Abu Dhabi

masjid-abu-dhabi
Rekaan masjid futuristik dan mampan yang direka oleh Suhail Mohammed Suleiman, arkitek dari UAE ini bakal menerapkan beberapa ciri untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga, yang melayakkannya digelar masjid eko atau eco-mosque.





Cadangan rekabentuk ini telah mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa UAE dan bakal dibina di Pulau Saadiyat, walaupun pembinaannya masih belum dimulakan. Antara ciri-ciri unik yang terdapat pada masjid ini ialah reka bentuk kontemporari yang menggunakan polimer separa lutcahaya bernama Corian yang hanya membenarkan cahaya untuk masuk tetapi dalam masa yang sama menghalang kemasukan haba.

Ciri ini akan mengurangkan penggunaan penyaman udara pada musim panas, selain mengurangkan kebergantungan kepada pencahayaan dari sumber elektrik.

Basikal Terbang Yang Membolehkan Anda... Err, Terbanglah!

basikal-terbang
Basikal terbang yang direka supaya anda mampu terbang di udara dengan hanya menggunakan kayuhan. 

Inovatif tapi bentuknya agak kelakar, serius.

Masa kecik-kecik dulu pernah tak anda bawak basikal laju-laju melepasi tebing konon-konon basikal anda tu akan terbang sebentar macam motorcross? Tapi instead of nak menunjuk-nunjuk depan member-member, anda sendiri yang tergolek, jatuh luka dan balik menangis mengadu dekat mak.

Nah, dengan adanya basikal terbang ini anda bolehlah melaksanakan impian semasa kecil tersebut.

Pad Seluar Dalam Penyahbau Untuk Mengurangkan Bau Kentut: Kreatif!

pad-seluar-dalam
Anda takut untuk terkentut di tempat awam kerana segan perbuatan anda yang melepaskan gas semulajadi berbau 'harum' itu akan dikesan orang ramai? 

Nah, dengan pad seluar dalam penyahbau yang mampu mengurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.

Untuk mengurangkan pencemaran udara dan meneutralkan bau gas kentut, Flat-D, syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menghasilkan inovasi yang sangat kreatif dan genius dengan menghasilkan pad seluar dalam istimewa.

Digelar 'Flat-D Flatulence Deodorizer', pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau.

Pembersih Vakum Termahal Di Dunia - RM3.15 Juta!


Pembersih vakum termahal di dunia berharga RM3.15 juta yang disaluti emas 24 karat. Ciri istimewanya: surprise! 

Ianya boleh menyedut sampah.





Ok. This is totally insane. Siapa sanggup habiskan wang sebanyak 3 juta semata-mata nak beli produk yang cuma reti nak sedut habuk dan sampah dan mungkin bulu-bulu kucing. That's right, the crazy 1% sanggup.

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang barang-barang mahal yang tak masuk akal seperti handphone, gambar foto, minyak wangi termahal di dunia dan whatever crap lagilah. Kali ini satu lagi masuk senarai. Pembersih vakum yang disaluti dengan emas 24 karat ini dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari Amerika Syarikat, GoVacuum.

20 Kata-Kata Motivasi Terbaik Dari Steve Jobs

kata-motivasi-steve-jobs
Dari komputer Macintosh tahun 1984 hinggalah iPad yang merevolusikan industri teknologi, Steve Jobs merupakan antara CEO yang paling kreatif dan inovatif sejak 30 tahun yang lepas.






Passion yang ada pada beliau untuk menggabungkan teknologi dan humanity telah menjadikan Apple dan Pixar antara dua syarikat yang paling berjaya di dunia.

Sepanjang hayatnya, Steve Jobs bukan sahaja mengubah hidup kita dengan produk-produk yang kreatif dan inovatif, malahan juga dengan kata-kata beliau yang mampu memberikan motivasi dan inspirasi.

Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda

ayam-suntik
Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.




Masa praktikal di Bukit Kiara dulu saya selalu makan di kantin masa lunch hour. Kantin tu dimiliki seorang uncle chinese tapi tukang masak dia dua orang perempuan Indonesia yang rasanya beragama Islam, jadi saya tak ada syak apa-apalah bila selalu makan kat situ.

Tapi satu hari masa tengah makan dengan senior project executive dan senior project manager, saya pesan nasi kosong dengan lauk ayam goreng dan sayur. Masa tengah syok-syok makan, senior PM tu tegur saya,

"Khairil, kau sure ke ayam ni ayam sembelih?"