Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda

ayam-suntik
Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.




Masa praktikal di Bukit Kiara dulu saya selalu makan di kantin masa lunch hour. Kantin tu dimiliki seorang uncle chinese tapi tukang masak dia dua orang perempuan Indonesia yang rasanya beragama Islam, jadi saya tak ada syak apa-apalah bila selalu makan kat situ.

Tapi satu hari masa tengah makan dengan senior project executive dan senior project manager, saya pesan nasi kosong dengan lauk ayam goreng dan sayur. Masa tengah syok-syok makan, senior PM tu tegur saya,

"Khairil, kau sure ke ayam ni ayam sembelih?"



ayam-ternakan-suntik
Saya terkedu. Saya perati ayam tu betul-betul. Lepas tu dia lecture saya serba sedikit pasal apa ayam yang saya makan tu tak sembelih, dengan paha ayam dia yang besar macam kayu baseball, darah ayam yang still mengalir, daging yang berair, macam-macam lagilah sampai membawa ke tazkirah agama.

Lepas tu saya jadi tak lalu makan ayam tu dan cuma makan sayur je. Sejak hari tu saya tak makan lagi kat situ, tapi saya makan dekat kedai melayu yang walaupun jauh sangat kena menapak jalan kaki, tapi lebih baik untuk mengelakkan syubhah.
ayam-suntik-dalam-kandang
Ayam Suntik

Ok lah, kali ni saya bukan nak cerita pasal ayam tak sembelih, tapi pasal ayam suntik yang dulu pernah juga kecoh tapi lama-lama senyap juga akhirnya. Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut.

Tapi yang menjadi isu adalah penggunaan vaksin dan antibiotik yang berlebihan dan diambil dalam masa yang lama boleh menyebabkan masalah kesihatan, selain penggunaan enzim babi yang memang sudah sah-sah tidak halal.

Tapi biasalah dalam mana-mana isu pasti ada pro dan kons dia. Jadi nak memudahkan anda membuat pilihan, saya bahagikan 10 perkara yang anda wajib tahu pasal ayam suntik ni kepada dakwaan dan penafian, jadi barulah lebih adil ye tak.


Dakwaan

1. Ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi, menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

2. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia (Harian Metro).

3. CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).
ayam-suntik-antibiotik-hormon-enzim

4. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

5. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

6. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

7. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

ayam-daging
Penafian

8. Namun menurut Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (Harian Metro)

9. Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan  diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.

Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan (Harian Metro).

10. Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh juga menafikan penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut (Harian Metro).


Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau rasa ayam yang anda beli mudah busuk, atau yang anda makan di kedai tu saiz dia dah macam kayu baseball atau macam burung unta, fikir-fikirlah sikit untuk kesihatan. Nak lagi senang, beli je ayam kampung atau berhenti terus makan ayam. Hehe.

Jadi macam mana dengan pendapat anda, pernah termakan ayam yang rasa-rasanya termasuk dalam kategori ayam suntik?

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

12 comments:

  1. Tq for sharing. Now we have Biozone Food PURIFIER to at leadt reduce the content of the chemical from the injected chicken, meat, fruit or vege.
    www.saladiwiyanahusin.com

    ReplyDelete
  2. Urmh.... Bahaya jugak ye ayam bandar ni....

    ReplyDelete
  3. Cucuk dengan apa pun tak boleh..penyakit ayam menular kerana pemberian makanan pallete hasil tanaman GMO..makanan ini merencat sistem imun ayam2 ini..vaksin dan antibiotik seolah2 menjadikan binatang ini steril..itu bukan lumrah alam ini..manusia akan mendapat bahaya dari sudut kesihatan..Kalau mencari ayam kampung, pastikan makanannya bukan pelette yang biasa tuh..mesti bagi makanan alami...macam manusia juga..kalau guna ubat kimia, mmg mati cepat..sbb ubat sebenar adalah dari tumbuhan yang Allah jadikan.

    ReplyDelete
  4. Menurut kajian saya , sesiapa yang makan ayam , maka akan keluar protein dalam kencingnya..lama kelamaan , buah pinggangnya akan rosak..khusus bagi lelaki, ia menyumbang kepada kemandulan lelaki(sedangkan ayam pada dasarnya menambah kesuburan lelaki), mengurangan pertumbuhan bulu (terutama janggut) dan mengurangkan kelelakian...(sifat lelaki akhir zaman kan begitu?)
    jadi pada saya sangat perlu mengelakkan makan ayam dan selalulah berbekam untuk buang toksin

    ReplyDelete
  5. Nice info..makanlah ayam kg..
    Saya penternak ayam kampung ori atau free range chicken.
    Kebanyakan pelanggan tetap saya ialah kaum cina.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum.. kepakaran kami adalah membantu orang ramai mendapatkan ayam herba yang dijamin 100% halal bagi menunaikan kewajipan umat Islam. MENCARI HALAL ITU WAJIB. Berhubung terus dgn 0183116106 untuk tawaran yang terbaik. Trrima kasih

    ReplyDelete
  7. makan lah ayam organik..diberi makan makanan organik, tanpa suntikan dan membesar secara natural..dagingnya pun lg sedaappp

    ReplyDelete
  8. New info.
    Rupanya selama ni saya salah faham..😅

    ReplyDelete
  9. sy menjual ayam organik. 100% organik dan bebas sebarang kimia.
    Rm17.80/pax (dlm 1.6kg)
    lokasi melaka
    017.2269.327
    tq

    ReplyDelete
  10. Ayam ...bermacam ayam...

    ReplyDelete
  11. So beli ayam saya...xsuntik..ayam organik...al=0129330462

    ReplyDelete