Basikal Moden Keluaran Mazda Yang Stail (8 Gambar)

basikal-mazda
Pergh. Ini basikal ke motorsikal?

Basikal moden yang sangat stail ini direka oleh Karol Mizdak dari Poland sempena design contest 2012 yang dianjurkan oleh Mazda.






Dinamakan X-Bike, ianya menggabungkan fungsi sebagai basikal kegunaan harian dan juga mountain biking, ianya boleh diguna dalam pelbagai jenis lapangan; jalan raya, kawasan berbukit dan sebagainya. Kecuali kalau nak dibawa masuk dalam air tu memang sah-sah tak bolehlah kan. Basikal terbang? Kalau boleh terbang stail juga.

basikal-moden-keluaran-mazda
Bagi yang merasakan menunggang basikal ni tak cukup rempit sebab tak boleh pecut laju-laju sambil buat gaya superman, jangan risau kerana basikal yang digerakkan dengan kuasa bateri lithium ion ini boleh memecut sehingga 80 km/j. Kira lajulah tu. Bahagian rangkanya diperbuat daripada karbon dan aluminium, yang bukan sahaja membuatkannya sangat ringan, malahan tahan lasak dan tahan lama.

Selain itu ianya juga dilengkapkan dengan paparan touch screen untuk memaparkan informasi penting semasa menunggang seperti kelajuan, status bateri, jarak perjalanan dan juga jumlah penggunaan tenaga. Untuk menambahkan lagi ke-awesome-an basikal ini, jika anda mempunyai smart phone, pemindahan data boleh dilakukan melalui bluetooth. So, bluetooth ni nak buat apa?

Supaya anda boleh mengambil gambar instagram sambil buat muka itik ketika menunggang basikal dan terus diupload ke facebook, dan impress awek-awek dengan mengatakan anda aktif bersukan? Nah, ianya berfungsi sebagai data synchronization, mengubah program pemanduan pada basikal, mengunci basikal dan juga memeriksa keadaan basikal tersebut.
paparan-touch-screen
Antara funsgi lain ialah struktur rangka yang dibina membenarkan basikal ini dilipat dan muat dimasukkan ke dalam kereta. Atau takut dicuri boleh lipat siap-siap dan sorok bawah katil sebelum tidur. Harganya tak dinyatakan, sebab ianya masih dalam peringkat rekaan tapi sila expect anda boleh beli sebiji kereta dengan harga basikal ini. Haha.

reka-bentuk-basikal
basikal-moden-keluaran-mazda
basikal-boleh-dilipat
visual-basikal-moden-mazda

Sumber dari Behance

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. amboi...brape harga bende nie huhuhu
    belikan? haha
    nice article btw!! ta penah nmpak dlm iklan pun?
    http://wanie-raina.blogspot.com/2012/07/course-in-unimas.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.basikal ni baru peringkat design,so takdela dalam iklan.
      harga dia rasanya sama sebijik kereta kot.haha

      Delete