Gangguan Bekalan Elektrik Terbesar Dalam Sejarah Dunia, 600 Juta Terlibat di India

india-blackout
Krisis bekalan tenaga di India menjejaskan lebih separuh daripada populasi negara tersebut apabila kedua-dua grid elektrik di bahagian timur dan utara negara tersebut mengalami kerosakan, menyebabkan 600 juta penduduk terputus bekalan elektrik dalam kejadian terbesar dalam sejarah dunia seumpamanya.




Kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai infrastruktur bekalan elektrik di negara tersebut yang disifatkan ketinggalan zaman dan ketidakupayaan kerajaan untuk memenuhi permintaan bekalan tenaga elektrik yang semakin bertambah di negara yang berhasrat untuk menjadi kuasa besar dalam ekonomi tersebut.

Gangguan bekalan elektrik yang terjadi pada kira-kira jam 1 petang waktu tempatan itu menurut seorang menteri di India, akan cuba dibaik pulih secepat mungkin namun ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana dianggarkan kira-kira 10 hingga 12 jam diperlukan untuk memperbaiki masalah tersebut.
gangguan-bekalan-elektrik-di-india
Pengguna berkumpul di hadapan stesen keretapi Metro selepas perkhidmatan keretapi ditutup akibat masalah gangguan elektrik

Lampu isyarat tidak berfungsi di New Delhi. Manakala sistem keretapi bandar Metro yang membawa 1.8 juta penumpang setiap hari tidak berfungsi dan ditutup untuk dua hari berturut-turut. Kegagalan jana kuasa yang terbaru ini menjejaskan rakyat India di 13 buah negeri - lebih daripada populasi seluruh negara Eropah.

Permintaan bekalan tenaga di India telah meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi pada beberapa tahun kebelakangan, tetapi infrastruktur yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat itu.
Menunggu keretapi yang tidak akan sampai-sampai

Tetapi bagi sebuah negara seperti India yang di mana menurut statistik, satu pertiga rakyatnya tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik, mempunyai bekalan elektrik di rumah sebenarnya sudah dikira cukup mewah.

Jadi bagi kita di Malaysia ni yang bila mengamuk marahkan TNB bila elektrik terputus masa tengah tengok bola, bersyukurlah sebab sekurang-kurangnya kita masih boleh menikmati bekalan elektrik walaupun hanya terputus sekejap.

Sumber dari Time

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: