Handphone Facebook Bakal Dikeluarkan? (6 Gambar)

handphone-facebook
Peh. Sekarang Facebook pun nak ada handphone?

Agaknya apa ya fungsi utama Facebook handphone ni. Yang semestinya mestilah ada applikasi facebook iye dak, kalau tak ada buat apa bagi nama macam tu. Rasa-rasanya Twitter ada tak. Heheh.



Rekaannya agak menarik juga, dengan casing berwarna biru dengan skrin bersaiz 4.2 inci. Kamera bahagian hadapan dengan 5 megapixel manakala kamera bahagian belakang adalah 8 megapixel. Menimbulkan persoalan juga, kenapa kecil sangat megapixel kamera dia, kalau sudah ambil gambar pakai Facebook handphone mestilah pakai instagram. Ambil gambar dekat tutti frutti sambil buat mulut itik kenalah high resolution, barulah syok. Haha.

handphone-facebook
Tapi sayangnya handphone ini hanyalah imaginasi dan rekaan seorang designer sahaja, iaitu Michal Bonikowski. Kalau nak melihat handphone ini menjadi realiti mungkin kena tunggu Mark Zuckerberg give up dengan facebook punya IPO yang tengah merudum dan start buat business handphone pula.

Yang kaki facebook tak pernah log out 24 jam tu mesti tertunggu-tunggukan handphone ni. Yang kaki Twitter pula, berharaplah semoga satu hari nanti akan keluar pula Twitter Handphone. Ke dah ada? Tak check pula.
facebook-handphone
bahagian-belakang
belakang-dan-depan
Sumber dari Yanko Design

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment