Jepun Memenangi Pingat Perak Gimnastik Selepas Bantahan Kontroversi

jepun-gimnastik-olimpik-2012
Pasukan China dengan agak mudah memenangi pingat emas dalam gimnastik lelaki akhir semalam, tetapi siapa yang memenangi pingat perak diputuskan melalui keputusan yang agak kontroversi.






Apabila nama pemenang mula-mula diumumkan, Britain dengan tidak disangka-sangka berjaya meraih tempat kedua manakala tempat ketiga diikuti oleh Ukraine. Tetapi Jepun, yang hanya berada di tempat keempat, membuat rayuan kepada pihak juri bahawa markah bagi acara kuda berpelana mereka adalah terlalu rendah berbanding yang dijangkakan.

juri-olimpik-gimnastik
Juri sedang bersidang

Pihak juri yang mengambil sedikit masa untuk menilai semula markah peserta Jepun tersebut melalui rakaman video, akhirnya bersetuju dengan rayuan tersebut dan menganugerahkan pasukan Jepun sebagai pemenang pingat perak. Walaupun hanya mendapat pingat gangsa, ianya tetap satu kejutan yang besar bagi pasukan Britain kerana sebelum kejohanan, tiada siapa yang menjangkakan mereka akan memenangi pingat, apatah lagi untuk menewaskan pasukan Jepun.

Tetapi ejekan dan laungan boo pula yang diterima oleh pasukan Jepun apabila mereka menerima pingat perak tersebut yang pada awalnya menjadi milik pasukan Britain. Manakala pasukan Amerika yang dijangka memberi cabaran pula, hanya berjaya meraih tempat kelima dalam keputusan yang sangat mengecewakan.
kohei-uchimura-dari-jepun
Kohei Uchimura dari Jepun. Mendapat markah rendah pada permulaan mungkin kerana bulu ketiaknya yang lebat mengganggu konsentrasi para juri.

Sumber dari BBC

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment