Kreatif! Hentian Bas Dilengkapi Wifi Percuma.

hentian-bas-wifi-percuma
Selalunya kalau inginkan wifi percuma, restoran mamak, McD, starbucks dan lain-lain tempat menjadi kunjungan.

Tapi yang tak bestnya kalau dah benda percuma ni, mestilah ramai orang, dah tu kena beli sekurang-kurangnya minuman, tak kan nak duduk saja-saja, confirm kena jeling semacam dengan pelayan kedai.


Tapi bagaimana pula kalau hentian bas yang menyediakan wifi percuma?

hentian-bas-wifi-percuma

Tapi sayangnya ianya bukan di Malaysia ye, tapi di Paris. Idea yang diilhamkan oleh Mathieu Lehanneur untuk projek pembangunan di Paris yang digelar Escale Numerique (Digital Break) ini menyediakan wifi percuma di hentian bas untuk anda online sambil buka facebook atau twitter sementara menunggu bas. Selain itu orang ramai juga boleh mendapatkan informasi mengenai bandar Paris melalui touch screen yang disediakan.

Rekaannya juga sangat kool dan futuristik. Berbumbung seperti bentuk iPod dan dihiasi dengan tumbuhan hijau di bahagian atasnya. Selain itu kerusi yang disediakan diperbuat daripada konkrit dan amat selesa, selain dilengkapi dengan tempat letak laptop dan plug untuk power connection. For free, beb!

Bilalah agaknya Malaysia nak buat hentian bas dengan wifi percuma sebegini. Sekurang-kurangnya bolehlah duduk lepak melayan facebook, twitter atau sekurang-kurangnya membaca blog kfein ini (hehe) sementara menunggu bas berjam-jam baru nak sampai.
bus-stop-free-wifi
hentian-bas-wifi-percuma-2
kerusi-hentian-bas
kerusi-hentian-bas-2

Sumber dari CoDesign

Artkel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. kat Malaysia ..touch screen samada akan dirosakkan atau kena curi..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.itulah.mentaliti rakyat malaysia tak matang lagi.

      Delete