Lagu Tema Kemerdekaan Ke-55 'Janji Ditepati': Facepalm!

janji-ditepati
Bila dah reda pasal rungutan dan kemarahan orang ramai pasal logo kemerdekaan tahun ini yang sangat fail dan bikin facepalm, yang terang-terang buat pakai Microsoft Word, timbul pula satu lagi hal yang bakal buat rakyat Malaysia facepalm sekali lagi: lagu tema kemerdekaan.




Lirik yang ditulis oleh Rais Yatim (serius!) ini anda boleh lihat sendiri di bawah dan boleh analisis sendiri betapa ianya sangat bermotifkan politik.



'Janji sudah ditepati, kini masa balas budi'. Seriously? Nak balas budi macam mana? Undi parti kerajaan? Kalau anda tengok video dia pulak penuh dengan montaj BR1M dan baucar buku 1Malaysia. Ah, ni ke nilai kemerdekaan kita selama ni? Ini bukan nak meraikan kemerdekaan, ini nak meraikan parti politik.
BR1M ada, klinik 1Malaysia ada, kedai 1Malaysia ada, tapi tertinggal pulak kedai kain 1Malaysia. Haha. Adoi, tak tahulah nak cakap macam mana. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang pun tak tahulah. Siapalah yang bagi nasihat dekat Perdana Menteri suruh buat semua ni agaknya. Apa, diorang ni delusional ke apa. Tak terfikir ke rakyat akan meluat dan menyampah kalau sampai tema kemerdekaan pun nak disogokkan dengan agenda politik kepartian.

Agaknya orang atasan dekat sana tu ingat rakyat ni senang-senang nak kena brainwashed dengan doktrin diorang agaknya. Facepalm!

Tapi kesian budak-budak sekolah kena nyanyi lagu ni. Hehe.

No comments:

Post a Comment